• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB S’ngor Jamin, Langkah Wajar Diambil Agar Tiada Catuan Air

oleh Ahmad Albab
08/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor sedang mengambil langkah-langkah yang wajar bagi memastikan tiada catuan air berlaku di negeri ini seperti tahun lepas, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Katanya, usaha penguatkuasaan juga ditingkatkan bagi menangani isu pencemaran sumber air terutamanya sungai-sungai bagi memastikan bekalan air mencukupi bagi kegunaan pengguna.

“Kerajaan negeri telah mengarahkan Lembaga Urus Air Selangor meningkatkan kehadiran pegawai penguat kuasa di kawasan yang berisiko terutamanya Sungai Semenyih yang selalu mengalami masalah pencemaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Maraton Wanita Malaysia di sini, Ahad.

Seramai 4,000 peserta menyertai maraton berkenaan yang dianjurkan buat kali ketiga itu.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib dalam kenyataannya berkata Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa menghentikan operasi kira-kira empat jam kerana peningkatan kadar pencemaran ammonia di sungai itu.

Sementara itu, mengulas mengenai pembatalan pembinaan projek Lebuhraya Damansara-Kinrara (Kidex), Azmin berkata, satu pertemuan di antara beliau dan Kementerian Kerja Raya akan diadakan dalam masa terdekat.

Katanya, perjumpaan itu dijangka membincangkan isu-isu pembangunan infrastruktur awam di Selangor.

– BERNAMA

Tags: Azmin Alibekalan air
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahmad Dhani, Arzetti Disebut Antara Calon Walikota

Next Post

GAMBAR: Wanita Obses Berhabis Hias Rumah Konsep Coca Cola

Related Posts

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Next Post

GAMBAR: Wanita Obses Berhabis Hias Rumah Konsep Coca Cola

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd