• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Insiden Perkauman Dicetuskan Peminat Chelsea

oleh Ahmad Albab
06/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Peminat Chelsea sekali lagi didakwa terbabit mencetuskan isu perkauman, menurut laporan yang dikeluarkan media Britain, semalam.

Belumpun selesai isu sama di Paris, rakaman video terbaharu membabitkan peminat Chelsea melakukan perbuatan jijik itu diperoleh akhbar The Sun dan disiarkan menerusi ITV London News.

Video itu dirakam penumpang yang berada dalam kereta api dari stesen Euston London ke stesen Piccadilly Manchester selepas perlawanan final Piala Liga yang dimenangi Chelsea yang menewaskan Tottenham di Wembley, Ahad lepas.

Dalam rakaman video itu, seorang lelaki dapat didengar dengan jelas berkata. “Paris, Paris, Paris, itulah perkara yang kami gemar lakukan, sesuatu n**** di depan pintu.”

Ia merujuk kepada insiden mengejutkan yang menyaksikan sekumpulan peminat Chelsea menghalang seorang pengguna komuter berkulit hitam daripada menggunakan perkhidmatan awam itu di Metro Paris, bulan lepas selepas perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Paris Saint Germain.

Begitupun, rakaman itu hanya menampilkan kerusi di kereta api itu.

Turut dapat didengar dalam rakaman itu ialah “Tottenham memiliki ramai Y**s,” merujuk kepada peminat berbangsa Yahudi di kelab itu serta “John Terry seorang yang rasis, rasis, rasis.”

Kapten Chelsea, Terry digantung empat perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris pada Oktober 2012 kepada mengucapkan sesuatu berunsur perkauman kepada pemain QPR, Anton Ferdinand.

Dalam kejadian itu juga, tiga wanita Asia dan seorang lelaki berkulit hitam dilaporkan meninggalkan kereta api itu.

Empat lelaki kemudian ditahan oleh polis yang menaiki kereta api itu dengan kesemua nama dan alamat mereka diambil manakala empat lagi dilepaskan dengan pilihan.

Sarjan Detektif, Michael Maher berkata: “Menerusi akaun yang kami terima, kumpulan itu melaungkan perkataan menghina kepada penumpang lain, dan beberapa perkataan itu bersifat perkauman. Kami dalam proses untuk menyemak rakaman CCTV.

“Begitupun, saya ingin mendengar sendiri daripada mana-mana penumpang yang mungkin merakam kelakuan kumpulan itu dalam telefon bimbit mereka. Rakaman seperti itu adalah penting kepada siasatan kami.”

Chelsea dalam pada itu berkata akan membantu siasatan polis. “Kami akan membantu Polis Pengangkutan British dengan siasatan mereka, dan usaha mereka untuk mengenalpasti individu yang terbabit. – AFP

http://youtu.be/Vr6G-AW9ZIA

Tags: Chelsea
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Erra Fazira, Teman Istimewa Masih Dalam Proses Mengenali

Next Post

Tatacara Baharu Perumahan Dilaksanakan 13 Mac

Related Posts

Liverpool Juara Piala Super UEFA 2019

15/08/2019
0

LIVERPOOL muncul juara Piala Super Eropah 5-4 menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti, selepas perlawanan tamat 2-2 di Istanbul. Penjaga gol baru...

Trofi Liga Europa Milik Chelsea

30/05/2019
0

BAKU - Eden Hazard meledak dua gol dalam penampilan terakhir bersama Chelsea untuk membantu pasukan itu menjulang gelaran Liga Europa...

Next Post

Tatacara Baharu Perumahan Dilaksanakan 13 Mac

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd