Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Bayi 5 Bulan Hidap...

GEORGE TOWN – Seorang bayi lelaki berusia lima bulan yang menghidap pelbagai masalah...

Sukarelawan APM Didakwa Bunuh...

KLANG - Seorang sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) didakwa di Mahkamah Majistret...

Mandur Ladang Sawit Maut...

KINABATANGAN - Seorang wanita yang bekerja sebagai mandur di sebuah ladang kelapa sawit...

563 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 563...

Ku Li Sokong Pindaan Undang-Undang Hudud Kelantan

GUA MUSANG – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyatakan sokongannya terhadap pindaan rang undang undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud, yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

Tengku Razaleigh menyifatkan rang undang-undang itu sebagai baik dan berharap ia dapat dilaksanakan mengikut syariat Islam yang sebenar.

“Perkara ini sudah lama dihasratkan kerajaan negeri Kelantan dan semalam baru dibentangkan pindaan sahaja… baguslah. Tinggal lagi pelaksanaan mengikut hukum Allah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 2 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembentangan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, semalam.


DUN Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu apabila mendapat sokongan daripada kesemua 44 anggota dewan. Undang-undang itu hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Hudud

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori