• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KM Sarawak Sudah Siap Sedia Slogan Pilihan Raya

oleh Ahmad Albab
14/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – “Beri saya peluang (Give me a chance),” kata Tan Sri Adenan Satem semasa menjawab soalan tentang slogan yang akan diketengahkannya dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Ketua Menteri Sarawak berkata, beliau memerlukan sekurang-kurangnya beberapa tahun untuk mencapai kejayaan yang impikan beliau buat Sarawak, dan beliau mengakui tidak dapat melakukannya seorang diri tanpa kerjasama seluruh penduduk negeri.

“Jadi ‘give me a chance’, itulah slogannya (untuk pilihan raya nanti). Beri saya peluang, …saya harap untuk memperoleh mandat daripada rakyat untuk meneruskannya,” kata beliau sebagaimana dilaporkan akhbar Jiwa Bakti.

Jiwa Bakti merupakan akhbar bulanan terbitan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterbitkan semula setelah dihentikan kira-kira sedekad lalu, dan ia akan mula diedar secara percuma kepada umum mulai esok, dengan beberapa naskhah akhbar itu sudah diperoleh Bernama.

Hujung bulan lepas genap setahun Adenan menjadi Ketua Menteri yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak, dan kempen pilihan raya di Sarawak kini semakin ketara memandangkan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa tamat pada Jun tahun depan.

Slogan ‘Give Adenan a Chance’ sebelum ini ditampilkan pada pilihan raya kecil DUN Balingian yang diadakan selepas pengunduran Abdul Taib sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu, dan slogan berkenaan dilihat berjaya menarik sokongan ramai apabila PBB yang diwakili Yussibnosh Balo meraih kemenangan dengan memperoleh majoriti lebih besar berbanding sebelumnya.

Sementara itu merujuk kepada kelahiran parti UPP dan Teras, yang merupakan parti serpihan komponen BN Negeri, SUPP dan SPDP, Adenan dipetik akhbar itu sebagai berkata perkara berkenaan perlu diselesaikan sebelum pilihan raya negeri kerana beliau tidak mahu parti pembangkang mengambil kesempatan daripada perpecahan dalaman untuk meraih kemenangan.

Menjawab soalan tentang kemungkinan parti yang menyokong Barisan Nasional (BN) akan diberi ruang bertanding di kawasan BN nanti Adenan berkata: “..bukan diberi kerusi tetapi kita akan pertimbangkan…. bergantung kepada kemungkinan untuk menang, bertanding guna lambang ‘dacing’ (BN)… diangkat sebagai calon BN, macam dulu,” katanya.

Mei lepas, Menteri Pembangunan Sosial Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom mengumumkan keputusan untuk keluar daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang dipimpin beliau selaku presidennya, dan menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) bersama beberapa wakil rakyat daripada parti itu.

Kira-kira dua bulan kemudian Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh, yang merupakan bekas penolong setiausaha agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), mengumumkan penubuhan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Menjawab soalan mengenai kemungkinan pilihan raya negeri diadakan tahun ini, Adenan berkata beliau masih ada banyak perkara yang belum diselesaikan.

Sementara itu Adenan dilaporkan akhbar berkenaan sebagai berkata lebih 300,000 anggota PBB direkodkan di Sarawak tahun ini namun kira-kira 20,000 daripadanya dikenal pasti belum mendaftar sebagai pengundi.

“Kita juga mengadakan kempen menambah keahlian dan turut melancarkan laman web, www.pbb.org.my, yang menyediakan pautan pendaftaran atas talian bagi pengambilan ahli baharu secara mudah tanpa kerenah birokrasi melampau,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemPilihan Raya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akhirnya… Hanez Suraya & Romie Sah Bergelar Suami Isteri

Next Post

Kilafairy Suka Kongsi Gambar Melentik Dan Punggung Sendiri?

Related Posts

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

Prabowo Menang Jawatan Presiden Indonesia – Suruhanjaya Pilihan Raya

21/03/2024
0

JAKARTA: Prabowo Subianto dipilih sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sekali...

Warga Asing Dominasi Bekalan Sayur: Perlu Tindakan Menyeluruh

Rakyat Indonesia Bantah Keputusan Pilihan Raya, Dakwa Ada Penipuan

19/03/2024
0

JAKARTA - Pilihan Raya Indonesia (Pilpres) sudah berakhir, namun muncul pula bantahan menentang keputusan tidak rasmi yang dilihat 'seperti tidak...

Next Post

Kilafairy Suka Kongsi Gambar Melentik Dan Punggung Sendiri?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd