• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Fitnah Majlis Raja-Raja, Penerbit & CEO TMI Pula Ditahan

oleh Ahmad Albab
01/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah menahan tiga pengarang kanan The Malaysian Insider  petang semalam, hari ini, dua individu lagi menerima nasib serupa atas dakwaan menfitnah Majlis Raja-Raja melalui penerbitan sebuah artikel.

Menurut portal TMI sendiri, pihak berkuasa telah menahan penerbit The Edge merangkap pihak berkepentingan dalam portal politik itu, Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutifnya, Jahabar Sadiq di bawah Akta Hasutan.

CJS_991711041727_10152954162474998_2189358126004502921_n

Kedua-dua mereka ditahan di Balai Polis Dang Wangi ketika tiba bagi memberi keterangan kes berkenaan, pagi ini.

Menurut laporan sama, pihak polis berkata, mereka akan memohon perintah reman terhadap kelima-lima individu tersebut.

Memetik kenyataan Jahabar sebelum ditahan, “Tangkapan ini nampaknya lebih daripada sekadar laporan kami mengenai artikel Hudud.

“Walaupun tangkapan dibuat, TMI akan terus membuat laporan tanpa takut atau pilih kasih. Urusan akan diteruskan seperti biasa.”

[TERDAHULU: Fitnah! Laporan Polis Dibuat Sangkal Artikel ‘Raja Tolak Hudud’]

Pada Rabu minggu lalu, The Malaysian Insider telah menerbitkan satu artikel yang mendakwa Majlis Raja-Raja menolak pindaan untuk melaksanakan Hudud, lantas ia tidak boleh dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan.

Sehari selepas itu, Majlis Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat satu laporan polis bagi menyangkal fakta yang dinyatakan artikel berkenaan.

– MYNEWSHUB.CC

Artikel Majlis Raja-Raja Tolak Hudud, Penerbit & CEO TMI Pula Ditahan

Tags: fitnahMajlis Raja-Rajapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd