• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Denggi Pulau Pinang Catat Penurunan Minggu Lepas

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan sebanyak 24.3 peratus atau 18 kes bagi tempoh tujuh hari minggu lepas berbanding minggu sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata sebanyak 56 kes denggi dilaporkan dari 15 hingga 21 Mac berbanding 74 kes dari 8 hingga 14 Mac lepas.

“Secara kumulatif setakat 21 Mac sebanyak 1,359 kes denggi dilaporkan berbanding 490 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas. Lima kematian direkodkan tahun ini berbanding tiga kematian tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sembilan lokaliti wabak terkawal dikenal pasti iaitu Jay Series Condominium di daerah Timur Laut; daerah Barat Daya di Lintang Bukit Kecil, Persiaran Bukit Kecil, Taman Sahabat, Apartmen Lavinia; di Seberang Perai Tengah ialah Taman Permatang Tinggi, Taman Alma, Perkampungan Berapit; dan Telok Air Tawar di Seberang Perai Utara.

“Terdapat satu lokaliti wabak tidak terkawal di Jalan Lim Lean Teng di daerah Timur Laut dengan empat kes direkodkan dalam tempoh seminggu,” katanya.

Beliau berkata terdapat dua lokaliti titik panas di daerah Barat Daya iaitu di Flat Sri Bayu yang mencatat lapan kes dan Bandar Baru Teluk Kumbar dengan 15 kes. – BERNAMA

Tags: denggiPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd