• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Awie: Rozana Tak Selesa Beri Keterangan Secara Terbuka

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Ampang yang mendengar perbicaraan kes penyanyi rock Awie atas dakwaan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya Rozana Misbun, hari ini diberitahu Rozana tidak selesa untuk memberi keterangan secara terbuka.

Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene berkata disebabkan keadaan itu pihaknya memohon prosiding membabitkan Rozana dijalankan melalui sidang video.

Goh berkata permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 272B Kanun Tatacara Jenayah yang membolehkan seseorang saksi dalam perbicaraan memberi keterangan melalui rakaman video atau secara langsung menerusi siaran video atau televisyen.

“Permohonan ini dibuat kerana saksi yang juga pengadu dalam kes ini tidak selesa untuk memberi keterangannya di mahkamah dan saya percaya permohonan ini tidak memprejudiskan mana-mana pihak sebab pihak lain masih dapat melihat beliau
memberi keterangan,” katanya yang mengemukakan permohonan itu secara lisan.

Rozana, 37, merupakan saksi kedua pendakwaan dan sepatutnya memberi keterangan hari ini berhubung pertuduhan terhadap Awie, 47, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman yang didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana tahun lepas.

Peguam Hazman Harun yang mewakili Awie bagaimanapun membantah permohonan yang dikemukakan pihak pendakwaan itu dan memohon mahkamah memerintahkan satu permohonan bertulis dibuat, bukannya bersandarkan kepada permohonan secara lisan sahaja.

“Kami membantah permohonan tersebut kerana ia hanya dimaklumkan kepada kami pada hari ini dan alasan yang dinyatakan pihak pendakwaan tidak bersandarkan kepada sebarang bukti untuk menyokong permohonan itu,” katanya.

Majistret Ayuni Izzati Othman membenarkan permohonan Hazman dan memerintahkan permohonan secara bertulis dibuat selewat-lewatnya pada 27 Mac ini dan menetapkan 22 April untuk sambung perbicaraan dan keputusan permohonan sidang video.

Rozana hadir di mahkamah hari ini dan hanya berada di bilik saksi tanpa bersua muka dengan suaminya itu.

Pada 4 Julai tahun lepas, Awie mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas.

Awie didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

https://youtu.be/cS6T_OUXcI0

Tags: Awie
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Jangan Ambil Tugas Menteri Pelancongan

06/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak perlu mengambil tugas sebagai menteri pelancongan untuk mempromosikan...

Dulu Awie Cuba Elak Erra Fazira, Tetapi Sekarang…

30/06/2018
0

MENGAKUI kehidupannya jauh lebih bermakna, pelakon dan penyanyi, Datuk Awie memberitau dia ini lebih tenang dan tidak terlalu mengikut emosi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd