• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Bercadang Haram Tayar Celup

oleh Ahmad Albab
23/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk mengharamkan penggunaan tayar celup memandangkan ia selamat digunakan berdasarkan piawaian yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata statistik kemalangan jalan raya 2013 yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia menyatakan hanya lapan daripada 30,458 kes kemalangan jalan raya membabitkan masalah tayar celup.

“Tayar celup selamat digunakan kerana mematuhi Malaysian Standard (MS) 224: Spesification for Retreading of Pneumatic Rubber Tyres for Passenger Car and Commercial Vehicle serta peraturan United Nations R108 (Retreaded Pneumatic Tyres) dan R109 (Retreaded Pneumatic Tyres for Commercial Vehicles).

“Berdasarkan kajian ilmiah di peringkat antarabangsa juga mendapati tayar celup selamat digunakan kerana ianya setanding dengan tayar pneumatik baru,” katanya dalam sesi soal-jawab.

Beliau menjawab soalan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengharamkan penggunaan tayar celup memandangkan serpihan tayar jenis itu sering dilihat di lebuh raya sehingga menimbulkan kebimbangan tentang risiko keselamatan terhadap pemandu kenderaan lain.

Ab Aziz berkata pengeluaran tayar celup juga 30 peratus lebih jimat berbanding pembuatan tayar pneumatik baharu dan penggunaan tayar celup juga dapat mengurangkan jumlah tayar terpakai.

Katanya di Malaysia ujian ketahanan tahan celup dilakukan oleh Lembaga Getah Malaysia berdasarkan peraturan yang telah dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, beliau berkata isu serpihan tayar celup yang tertinggal di atas jalan raya berpunca daripada kaedah penggunaan dan penyelenggaraan tayar yang tidak dilakukan secara baik oleh pemilik kenderaan.

“Muatan secara berlebihan juga boleh menyebabkan berlaku kerosakan kepada tayar tersebut dan oleh sebab itu penguatkuasaan terhadap kenderaan yang membawa lebih muatan sentiasa dilakuakn dari semasa ke semasa bagi menangani masalah ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: KenderaanKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Mesti Bergerak Seiring, Berganding Bahu Dengan Kerajaan

Rakyat Mesti Bergerak Seiring, Berganding Bahu Dengan Kerajaan

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan rakyat mesti bergerak seiring dan berganding bahu menghadapi cabaran krisis tenaga global. Menteri Pertanian dan...

PKR Bukan Lagi Pembangkang, Kita Kerajaan – Tengku Zafrul

PKR Bukan Lagi Pembangkang, Kita Kerajaan – Tengku Zafrul

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan Parti Keadilan Rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd