Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

TLDM Perkasa Sistem Bahagian,...

KUANTAN - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memperkasakan sistem bahagian di semua...

Misha Omar Risau Anak...

PETALING JAYA - Penyanyi Misha Omar berasa bimbang jika anak angkatnya, Muhammad Adam...

Jamil Khir Nafi 2...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

Mangsa Banjir Kemaman Beli...

KEMAMAN - Mangsa banjir di daerah ini, yang membeli Polisi Insurans Kampungku tahun...

Kerajaan Selangor Bina 11,833 Rumah Mampu Milik

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor meluluskan sebanyak sembilan projek bagi membina 11,833 unit rumah mampu milik di negeri itu melalui program Rumah Selangorku tahun ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, program dibawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku itu sebahagian daripada sasaran 15,000 unit rumah mampu milik yang mahu dibina kerajaan Selangor.

“Sehingga hari ini, sebanyak tiga projek Rumah Selangorku telah dilancarkan oleh Menteri Besar, Azmin Mohamed Ali.

Projek-projek itu di Seksyen 5, Kota Puteri, Kuala Selangor; Bandar Bukit Raja, Klang dan Bandar Rimbayu, Teluk Panglima Garang, Banting. Projek ini apabila siap menyediakan 4,931 unit Rumah Selangorku,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Iskandar memaklumkan sebanyak dua lagi projek Rumah Selangorku akan dilancarkan dalam tempoh terdekat.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di talian 03-55447950 atau layari http://lphs.selangor.gov.my untuk keterangan lanjut,” katanya. – MYNEWSHUB.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rumah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori