• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Rangka Garis Panduan Pengangkutan Awam Mesra OKU

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang merangka garis panduan bagi membolehkan semua perkhidmatan pengangkutan awam mempunyai ciri kebolehcapaian yang standard dan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, garis panduan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengangkutan yang terletak dalam Majlis OKU Kebangsaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Ia di pengerusikan oleh Kementerian Pengangkutan manakala SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) adalah antara ahlinya. Ini masih di peringkat awal namun tidak mustahil ia akan dijadikan undang-undang di masa hadapan,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Zuraida Kamaruddin PKR-Ampang) yang ingin tahu keseriusan kerajaan membuat perancangan bagi memastikan pengangkutan awam menitikberatkan golongan OKU terutama di kawasan luar bandar.

Mengenai sebab kerajaan tidak mewajibkan semua operator bas menyediakan bas mesra OKU pada masa ini, Nancy berkata, ia adalah kerana kerajaan mengutamakan kemampuan industri bas henti-henti untuk terus beroperasi dan menyediakan perkhidmatan terlebih dahulu.

Nancy berkata, kos menyediakan bas mesra OKU atau berlantai rendah adalah lebih tinggi berbanding bas biasa.

“Sebagai contoh, harga sebuah bas biasa 12 meter adalah antara RM400,000 hingga RM1 juta, tertakluk kepada jenama dan modelnya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata walaupun kerajaan tidak mempunyai peruntukan khas untuk mensyaratkan bas jenis mesra OKU disediakan, namun penyedia perkhidmatan bas sama ada di bandar atau luar bandar digalakkan untuk menyediakan bas yang mesra OKU. – BERNAMA

Tags: KerajaanOKU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd