• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Peluas Program B10 Kepada Sektor Lain

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneroka kemungkinan Program B10, yang akan dilaksanakan di seluruh negara, diperluas kepada sektor lain seperti industri dan penjanaan tenaga.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata program itu melibatkan pengadunan 10 peratus metil ester sawit dengan 90 peratus bahana api fosil diesel.

“Pelaksanaan sepenuhnya Program B10 dalam jangka panjang akan menggunakan 1.2 juta tan minyak kelapa sawit setahun.

“Ia juga akan menyumbang kepada penggunaan sumber mesra alam dan berkekalan untuk tenaga,” katanya dalam ucapan pada Persidangan Minyak Sawit dan Laurik 2015 di sini hari ini.

Ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Himmat Singh.

Uggah berkata Malaysia akan terus melaksanakan langkah-langkah meningkatkan penggunaan minyak sawit di peringkat domestik selain mengurangkan stok.

Kerajaan melaksanakan program biobahan api sejak 2011, bermula dengan B5.

“Sejak itu, kita meningkatkan program itu kepada B7, yang telah dilaksanakan secara menyeluruh di Semenanjung Malaysia sejak November 2014.

“Pada masa ini kami sedang meneroka kemungkinan melaksanakan program B10 di seluruh negara, katanya.

Persidangan tiga hari yang bermula semalam anjuran Bursa Malaysia, bertema ‘Dagangan, Lindung Nilai dan Mendahului Pasaran’. – BERNAMA

Tags: Kerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd