• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Tingkat Had Belian Barangan Bercukai Di Langkawi

oleh Ahmad Albab
26/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk meningkatkan had belian barangan bercukai di Langkawi yang sudah lama tidak dipinda, persidangan Dewan Rakyat diberitahu, hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ketika ini kadar pelepasan cukai untuk pelancong yang tinggal di Langkawi melebihi 48 jam adalah sehingga RM500 sahaja.

“Kenaikan had ini akan memberi faedah kepada pelancong dan perkembangan perdagangan dan ekonomi di Langkawi,” katanya menjawab pertanyaan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menaikkan had pelepasan cukai memandangkan akta tersebut digubal pada 1986.

Bagaimanapun Ahmad berkata jumlah kenaikan kadar itu akan dinilai dengan wajar dan tidak terlalu tinggi supaya tidak menimbulkan implikasi lain.

Pelepasan cukai ke atas barangan seperti coklat, pakaian, barangan kaca, minuman keras dan rokok diberi kepada pelancong sejak 1988 melalui Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988, katanya.

Kepada soalan tambahan Nawawi sama ada had pengecualian cukai barangan kepada pelancong akan diperluaskan kepada penduduk Langkawi yang hanya boleh menikmatinya selepas keluar dari Langkawi selama tiga hari, Ahmad berkata mereka juga akan mendapat faedah itu.

“Kita ingin menyelaraskan. Kalau pelancong 48 jam, maka penduduk Langkawi juga 48 jam. Itu saya kira adalah berita baik untuk penduduk Langkawi,” katanya.

Dalam pada itu Ahmad berkata data kutipan cukai kadar 30 peratus ‘flat rate’ di Jeti Kuah tahun lepas ialah RM442,527, manakala di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi RM55,650.

Katanya, pada 2013, Jeti Kuah mencatatkan kutipan cukai RM452,241 dan kutipan sebanyak RM63,205 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. – BERNAMA

Tags: KerajaanLangkawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd