• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Kawasan Baharu Di Sempadan, Berisiko Dibolosi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji beberapa kawasan baharu yang berisiko dibolosi pihak-pihak tertentu selain sempadan Thailand dan Kalimantan, Indonesia bagi memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kawasan-kawasan tersebut akan dipantau oleh Unit Risikan Sempadan (URS) yang sebelum ini berperanan meningkatkan keupayaan risikan di kawasan sempadan negara khusus bagi aktiviti penyeludupan barangan terlarang, senjata api dan pemerdagangan manusia.

“Kita kaji beberapa sudut fizikal bukan sahaja electronic monitoring (pemantauan elektonik) bagi melihat sempadan (yang) panjang seperti Thailand dan Sarawak-Kalimantan dan Singapura serta semua sempadan yang sering dibolosi pihak tertentu.

Unit sokongan ini (URS) akan mengenal pasti tempat kritikal yang sering dibolosi (untuk) didahulukan dan selepas itu kajian semula kawasan lain,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai seramai 53 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai warga Bangladesh dan pelarian Rohingnya ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis pada 1 Mac lepas.

Bernama sebelum ini melaporkan UPP percaya kumpulan PATI itu dibawa masuk oleh tekong darat dengan memanjat pagar keselamatan pada waktu malam dan berpecah dalam kumpulan dipercayai untuk menyukarkan dikesan pihak berkuasa.

Wan Junaidi berkata pada masa kini, sempadan darat Malaysia dengan dua buah negara kecil iaitu, Singapura dan Brunei dilihat tidak berisiko tinggi berbanding sempadan lain. – BERNAMA

Tags: KerajaanWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd