• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Jamin Tarif Elektrik Tidak Naik Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
26/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengulangi jaminan tarif elektrik tidak akan dinaikkan sepanjang tahun ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Katanya, kerajaan sedang melakukan semampu mungkin untuk mengelak kenaikan itu dan memantau perubahan kos bahan bakar yang digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik seperti gas asli berpaip, arang batu dan gas asli cecair (LNG).

“Tertakluk kepada kedudukan kos input ataupun bahan api. Pada masa ini, kerajaan memberikan subsidi kepada bahan bakar utama untuk elektrik seperti gas asli berpaip.

“Kos bahan api arang batu pula ia begitu stabil dan kami ramalkan tidak banyak penurunan harga pasaran bagi arang batu,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) yang ingin tahu sama ada kerajaan dapat memberi jaminan bahawa tarif elektrik tidak akan dinaikkan sepanjang tahun ini sekiranya harga bahan bakar untuk elektrik kekal seperti sekarang.

Terdahulu, menjawab soalan asal Ahmad Fauzi yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menurunkan tarif elektrik Ongkili berkata, walaupun berlaku penurunan harga minyak dunia sejak pertengahan tahun lepas, ia tidak memberi kesan ketara kepada tarif elektrik.

Katanya, ini kerana bahan bakar minyak hanya menyumbangkan satu peratus sahaja kepada keseluruhan campuran bahan bakar untuk menghasilkan tenaga elektrik yang campuran utamanya ialah gas asli berpaip, LNG dan arang batu.

“Pada masa sama kos penjanaan elektrik berjaya dikurangkan kerana prestasi loji-loji jana kuasa arang batu telah meningkat sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar lain yang tinggi harganya,” katanya.

Menjelas lanjut, Ongkili berkata, susulan senario itu, terdapat penjimatan melalui mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) sebanyak RM726.99 juta dan kerajaan memutuskan memberi penjimatan itu kepada pengguna di Semenanjung Malaysia dengan rebat RM2.25/kWj bagi tempoh 1 Mac hingga 30 Jun depan.

Katanya, keputusan ini akan melibatkan semua pengguna domestik dalam lingkungan pengguna melebihi 300kWj sebulan dan semua pengguna komersial dan industri.

“Mekanisme ICPT masih belum diimplementasikan di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, namun selaras dengan penurunan harga minyak mentah dunia, terdapat penjimatan dalam pelbagai bahan api.

“Untuk mengurangkan beban rakyat, kerajaan bersetuju agar purata kadar tarif 34.52 sen/kWj diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj bagi Sabah dan Labuan bagi tempoh 1 Mac hingga 30 Jun 2015,” katanya.

– BERNAMA

Tags: elektrikKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd