• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan Harga Minyak Tidak Jejas Harga Barang Pasar Tani

oleh Ahmad Albab
01/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kenaikan harga minyak tidak akan menjejaskan program turun harga barangan di pasar tani seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana kementeriannya akan tetap meneruskan program yang melibatkan minimum 73 barangan dengan penurunan harga minimum sebanyak lima hingga 20 peratus.

“Harga ini lebih murah berbanding di pasar lain, itu akan kita kekalkan. Jadi para peniaga kena konsisten. Bila harga minyak turun tempoh hari, peniaga kata itu tidak memberi sumbangan yang besar kepada kenaikan atau penurunan harga.

“Jadi, sekarang ini harga minyak naik, jangan jadikan alasan harga minyak pula untuk menaikkan harga barang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program pemimpin bersama pemasar di Pasar Tani Paroi Jaya di sini Ahad.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam mengumumkan harga petrol dan diesel naik 25 sen seliter mulai tengah malam tadi menjadikan harga runcit baharu bagi petrol RON95 kepada RM1.95 seliter, RON97 RM2.25 seliter dan diesel RM1.95 seliter.

Ismail Sabri berkata pengguna boleh membuat aduan dengan pegawai urus setia di setiap pasar tani sekiranya mendapati harga barang di pasar berkenaan tidak mengikut seperti yang ditetapkan.

“Peniaga pasar tani yang tidak patuh dengan arahan boleh dikeluarkan dan kami tidak berkompromi dalam perkara ini.

“Setakat ini, semuanya berjalan baik dan peniaga pasar tani mematuhi arahan yang dikeluarkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Harga BarangIsmail Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd