• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Walaupun ‘Minyak Naik’ Kempen Turun Harga Barang Diteruskan

oleh Ahmad Albab
02/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kempen Penurunan Harga 2015 peringkat Kebangsaan yang bermula hari ini, tetap dilaksanakan meskipun berlaku kenaikan harga petrol dan diesel, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata harga petrol bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan naik atau turun harga sesuatu barang kerana ia turut dipengaruhi faktor lain seperti ketidaktentuan cuaca, bencana alam, peningkatan kos sewa beli dan persekitaran ekonomi.

“Kenaikan harga barang ialah sesuatu yang berlaku di mana-mana saja di dunia,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen itu di pasar raya The Store di pusat membeli-belah Kuantan Parade di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepengunaan Pahang, Datuk Seri Shahiruddin Abd Moin dan Pengurus Besar Kanan Operasi Kumpulan The Store, Winky Pek.

Hasan berkata kementerian mengambil pelbagai inisiatif seperti mengadakan pertemuan dengan pengilang, pemborong, pembekal, peniaga dan persatuan dalam mencari jalan untuk menurunkan harga barang.

“Usaha seperti ini yang membolehkan kita anjurkan kempen sebegini bagi meringankan beban rakyat selain mengadakan anugerah kedai harga patut. Pada 2014 sebanyak 3,744 premis menerima anugerah ini dan daripada jumlah itu, 82 premis terdapat di Pahang,” katanya.

Hasan juga menyifatkan pelancaran kempen yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara itu sebagai sejarah kerana dilakukan sehari selepas pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel.

Kementeriannya semalam mengumumkan harga petrol dan diesel naik 25 sen seliter mulai tengah malam tadi menjadikan harga runcit baharu bagi petrol RON95 kepada RM1.95 seliter, RON97 RM2.25 seliter dan diesel RM1.95 seliter.

Mengulas mengenai kempen itu, Hasan berkata sebanyak 16 pasar raya besar mengambil bahagian antaranya The Store, Tesco, Aeon Big, Giant, Mydin, Milimewa Supermarket & Department Store, Econsave Cash & Carry, 99 Speed Mart, Pasar Raya D’One Mart dan Pasar Raya Hock Kee Seng.

Ia melibatkan lebih 1,000 cawangan pasar raya di seluruh negara, dengan lebih 82,000 produk keperluan harian seperti makanan dan pakaian ditawarkan dengan diskaun antara 10 ke 70 peratus, katanya.

“Tempoh kempen berbeza mengikut pasar raya, iaitu antara sebulan hingga tiga bulan mengikut kemampuan pasar raya terlibat dan sambutan pengguna, namun yang paling penting ialah walaupun harga turun, kualiti produk masih kekal,” katanya.

Hasan berharap peniaga lain juga boleh mengambil inisiatif untuk menganjurkan kempen serupa bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat menikmati faedah penurunan harga barang. – BERNAMA

Tags: Harga BarangHasan Malek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd