Thursday, July 25, 2024

Creating liberating content

Perkahwinan 14 Tahun Nik...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan isterinya, Imaan...

Derita Umpama Teman Abadi...

"Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.."Itu adalah sebahagian daripada khutbah terakhir Rasulullah SAW.Menekankan betapa setiap orang Islam itu, tanpa mengira warna kulit.. Adalah bersaudara.Hakikatnya bila saudara kita berada dalam kesusahan barang di mana sekali pun, maka menjadi kewajipan ke atas setiap kita membantu dalam kadar yang kita mampu.Di Myanmar... Ada satu kelompok saudara muslim kita, dikenali dengan nama bangsa Rohingya.Selama puluhan tahun mereka hidup dalam kesusahan yang amat.Mereka dibunuh, anak kecil dibakar hidup-hidup rejim tentera.Mereka dihalau seperti haiwan yang tidak bermaruah dari tanah air sendiri.Hak mereka kepada pendidikan dinafikan menjadikan mereka kaum yang sangat ketinggalan dan kadang kala dihina sebagai tidak bertamadun.Kaum ini bersepah di merata lokasi dunia.Disebabkan mereka tidak terpelajar dan hanya mengenali kezaliman dan kesusahan sepanjang hidup, mereka selalunya tidak pandai membawa diri walaupun ketika berada di negara lain.Mereka tidak mampu berfikir jauh kesan penindasan sistematik dan jahat kerajaan mereka.Salah satu negara yang terpaksa memberikan perlindungan kepada mereka ialah negara jiran Bangladesh.Mereka tinggal di kawasan kem pelarian yang terletak di Cox's Bazar yang menempatkan antara 850,000 hingga sejuta orang.Membayangkan jumlah itu sahaja kita tahu mereka hidup berhimpit dan padat.Disebabkan Bangladesh juga sebuah negara miskin, maka sistem kehidupan dan fasiliti yang disediakan kerajaan negara itu amat rendah sekali.Di negara jiran itu, beza hidup mereka pada di Myanmar ialah mereka cuma tidak dibunuh. Selain itu, penderitaan tetap menjadi teman mereka selamanya.Tidak mampu keluar mencari sumber pendapatan kerana mereka adalah pelarian tanpa negara. Pergerakkan mereka adalah terbatas di dalam kem yang serba kekurangan dan hanya menanti bantuan daripada kerajaan dan NGO seluruh dunia.Melihat kanak-kanak tidak berbaju dan berkaki ayam berlari ke sana ke mari, ibu yang membawa anak kecil manakala warga emas yang rapuh kudrat dan fizikalnya meminta-minta di jalanan sekitar kem adalah pemandangan biasa.Namun, peringatan Rasulullah SAW bahawa semua kita bersaudara, Alhamdulillah mekar dalam jiwa muslimin di tempat lain.Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan Singapura yang rajin menghulurkan sumbangan seikhlas hati dan kini, hasil sumbangan tersebut membantu memberi sedikit perlindungan untuk pelarian Rohingya meneruskan kehidupan.Sesungguhnya tuhan itu maha penyayang dan maha pengasih kerana menjentik hati kita semua untuk terus memberi bantuan kepada mereka.Atas rasa insaf, dan kesedaran terhadap hak kemanusiaan yang dinafikan terhadap warga Rohingya ini, kami di team Five Estec akan menghantar bantuan dalam pelbagai misi bantuan yang diperlukan antaranya:- Wakaf pam air RM1,200 - Pembinaan wuduk madrasah RM3,200 - Pembinaan tandas di masjid/madrasah/ rumah tahfiz RM2,000Jika tidak termampu dari segi bantuan kewangan, titipkan la doa untuk mereka.. Yang merupakan saudara kita dalam Islam.Bantuan boleh disampaikan dengan menghubungi nombor 017 899 8791.

Mesyuarat Kabinet Dipercepat Bincang...

KUALA LUMPUR – Satu mesyuarat Kabinet akan diadakan esok bagi membincangkan dua isu...

5,000 Sokong Kempen Hentikan...

KUALA LUMPUR – Hampir 5,000 warga kota bersama-sama menyertai program ‘Rock Solid Pink...

Hari Kedua, Kem Pemberontak Terus Dibedil Di Yaman

SANAA – Pesawat tentera pakatan diketuai Arab Saudi terus membedil kem pemberontak di Yaman hari ini yang masuk hari kedua serangan udara ketika Presiden Abedrabbo Mansour Hadi tiba di Mesir bagi memulakan rundingan dengan sekutu Arabnya.

Pemberontak Huthi dari kumpulan Syiah dilihat semakin memberi ancaman terutama di selatan Semenanjung Arab dan susulan serangan udara besar-besaran itu, satu saranan gencatan senjata dikeluarkan oleh bekas presiden, Ali Abdullah Salleh yang disyaki menjadi sekutu pemberontak.

Setakat ini sekurang-kurangnya 39 orang awam terbunuh dalam serangan diketuai Arab Saudi ke atas kubu kuat Huthi dan penyokongnya, demikian menurut pegawai kesihatan Sanaa.

Kira-kira 12 daripada mereka maut ketika kediaman mereka dibedil dalam operasi di sekitar pangkalan tentera di utara Sanaa.

Saksi berkata, serangan turut membabitkan kem briged tentera yang dikuasai Huthi di Wilayah Amran di utara Sanaa, depot tentera dan kubu kuat Huthi di Saada.

Hadi yang mendapat sokongan Barat dan negara Arab terbang ke Mesir hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Liga Arab yang dilihat memberi tumpuan kepada konflik di Yaman.


Arab Saudi berkata, setakat ini lebih 10 negara sudah menyertai pakatan anti-Huthi.

Laporan juga menyebut, Arab Saudi sudah mengerahkan 100 pesawat pejuang dengan 67 pesawat didatangkan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Qatar dan Bahrain.

Arab Saudi juga mengerakkan lebih 150,000 askarnya berdekatan sempadan. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori