Kementerian Kewangan sebagai pemegang saham 100 peratus 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan semakan semula strategik syarikat itu.
Pasukan khas itu dianggotai Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa; dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Kementerian itu dalam satu kenyataannya, Jumaat, berkata ia menyokong penuh pengurusan dan jemaah lembaga 1MDB dalam pelaksanaan semakan semula strategik yang diumum syarikat sebelum ini.
Pasukan petugas khas itu akan menyediakan segala bantuan dan bimbingan yang diperlukan dalam memastikan penjanaan nilai maksimum untuk kementerian itu. – BERNAMAÂÂ
Had Bulanan Budi95 Cuma 150 Liter Akibat Masalah Teknikal – MOF
KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan paparan had bulanan Budi Madani RON95 (BUDI95) cuma 150 liter disebabkan masalah teknikal....

