• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Komited Jaga Tanah Rizab Melayu

oleh Ahmad Albab
29/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah komited menjaga kepentingan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negeri ini, kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Badrol Hisham Hashim.

Beliau berkata, bagi mencapai objektif itu, kerajaan negeri melaksanakan dasar yang menyaratkan TRM yang diambil untuk tujuan pembangunan perlu digantikan lebih lima peratus daripada keluasan yang telah dibatalkan.

“Contohnya macam pengambilan TRM untuk bina kompleks beli-beli, kalau 100 ekar contohnya kena ganti balik 105 ekar.

“Soal TRM, kerajaan negeri Kedah memang pertahankan, kami akan pastikan ia (keluasan TRM negeri) akan dapat dilipatgandakan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Rizab Tanah Melayu di sini hari ini.

Badrol Hisham berkata, ini selaras dengan apa disyaratkan dalam tujuh wasiat Raja-Raja Melayu pada 1957 agar nisbah TRM mencapai 50 peratus.

Katanya ketika ini Unit Perancang Ekonomi (EPU) Persekutuan sedang membuat kajian menyeluruh tentang keluasan sebenar TRM (di Semenanjung) atas arahan Majlis Tanah Negara.

Badrol Hisham berkata, pihaknya turut sentiasa memantau dan mengenal pasti kadar sebenar keluasan TRM di negeri ini menerusi langkah kemas kini kadar keluasan TPM setiap tiga atau enam bulan sekali.

Selain itu, katanya kerajaan negeri turut memperkenalkan dasar baharu pada tahun lalu yang mensyaratkan pengambilan TRM untuk tujuan pembangunan projek perumahan tidak lagi dibenarkan.

“Cuma kalau nak buat hotel, resort, kilang dan projek khas, itu kerajaan negeri akan pertimbangkan, cuma kalau perumahan tak dibenarkan … dasar ini untuk menjaga kepentingan TRM, untuk bangsa Melayu,” katanya. – BERNAMA

Tags: KedahTanah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Vettel Menang F1 Petronas Grand Prix Malaysia

Next Post

Penganjur Perhimpunan Diingat Mohon Permit

Related Posts

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

26/09/2024
0

Alor Setar : Bilangan mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 1,567 mangsa daripada 472 keluarga yang ditempatkan di 18...

Next Post

Penganjur Perhimpunan Diingat Mohon Permit

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd