Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

AS Isytihar Perang Dengan...

TEBING BARAT - Penduduk Palestin meluahkan kemarahan susulan laporan Amerika Syarikat akan memindahkan...

Norway Haram Siaran Radio...

OSLO - Norway muncul negara pertama di dunia menamatkan siaran radio dipancarkan menerusi...

“Saya Jalan Amanah Sebagai...

PEMILIK dobi layan diri yang terletak di Jalan Junid, Muar, Johor yang tular...

Singapura Wajib Uber, Grab...

SINGAPURA - Sekitar 27,000 kereta sewa persendirian sudah berjaya ditampal dengan pelekat khas,...

Pilot Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala – ICAO

MONTREAL – Juruterbang mesti menjalani pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental secara berkala, demikian menurut pertubuhan penerbangan antarabangsa selepas pembantu juruterbang pesawat Germanwings didakwa menjatuhkan pesawat itu yang meragut 150 nyawa, Selasa lalu.

“Semua juruterbang diwajibkan menjalani pemeriksaan perubatan (oleh doktor yang terlatih dalam bidang perubatan penerbangan) yang termasuk penilaian kesihatan mental dan fizikal,” kata Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang berpusat di Montreal, Kanada dalam satu kenyataan hari ini.

“Sekiranya ada perkara yang membabitkan keperluan penyaringan perubatan yang lebih berbentuk spesifik, penilaian bolah dilakukan termasuk ujian neuropsychologi,” kata badan di bawah Perubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Pihak berkuasa Perancis berkata, pembantu juruterbang pesawat Germanwings yang terhempas itu dikatakan menjunamkan pesawat Airbus A320 itu ke Banjaran Alps di selatan Perancis.


Pembantu juruterbang berusia 28 tahun itu menerbangkan pesawat secara bersendirian selepas mengunci juruterbang di luar kokpit yang keluar untuk ke tandas.

Setakat ini motifnya berbuat demikian masih tidak jelas. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori