• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Air Ketum Untuk Tujuan Perubatan Tetap Salah Di Sisi Undang-Undang

oleh Ahmad Albab
18/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjualan atau pembelian air ketum walaupun untuk tujuan perubatan boleh diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak.

Di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, seseorang boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Walaupun kesalahan menjual dan membeli air ketum tidak seberat dengan kesalahan mengedar atau memiliki dadah ianya tetap salah dari segi undang undang negara,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata walaupun kadar penjualan air ketum di Kuala Lumpur tidak begitu serius berbanding di negeri lain seperti di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia, pihak polis tetap memandang serius kesalahan itu dan tidak teragak-agak untuk membuat tangkapan jika mendapat bukti yang kukuh.

Daripada siasatan polis, kebanyakan daripada mereka yang ditangkap di ibu negara kerana kesalahan air ketum adalah bagi bagi kegunaan sendiri dan menjualnya kepada kenalan rapat sahaja, dan bukan untuk tujuan perubatan, katanya.

Wan Abdullah berkata berdasarkan statistik pada tahun 2013 dan 2014 pihak polis Kuala Lumpur menahan seramai 21 orang penjual air ketum berumur di antara 19 hingga 41 tahun di sekitar Wangsa Maju dan Brickfields.

“Dalam tempoh tersebut, kita juga telah merampas sebanyak 18kg daun ketum serta 80 liter air ketum pada 2013, manakala sebanyak 28kg daun ketum dan 115 liter air ketum berjaya di rampas pada tahun lepas,” katanya.

Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana kandungan mitragininnya.

Mitraginin disenaraikan dalam Jadual Ketiga Akta Racun 1952 dan daun ketum diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Sebelum ini, daun ketum telah lama didakwa menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin, selain rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang.

Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Dalam Negeri sebelum ini digesa mengkaji semula undang-undang berkaitan penyalahgunaan daun ketum agar dipinda kepada Akta Dadah Berbahaya, berbanding Akta Racun yang digunakan sekarang yang memperuntukkan hukuman ringan. – BERNAMA

Tags: ketumpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd