• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jihad Palsu IS Bukan Jalan Pintas Untuk Masuk Syurga

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jihad palsu tawaran kumpulan militan IS bukanlah jalan pintas untuk masuk ke syurga, kata Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Brig Jen Datuk Kamarudin Mamat.

Beliau berkata ini kerana jihad yang dinyatakan oleh kumpulan itu adalah berasaskan tafsiran songsang Al-Quran dan hadis.

Sejak kebelakangan ini, ramai umat Islam di negara ini terpengaruh dengan dakwaan ‘Jihad Fisabilillah’ yang ditawarkan oleh IS sehingga ada yang sanggup meninggalkan pekerjaan, anak isteri dan keluarga semata-mata untuk berjihad di Syria dengan harapan dapat mati Syahid di sana.

Beliau berkata kurang kefahaman tentang maksub sebenar jihad menjadi punca orang ramai membuat keputusan ‘membabi buta’ setelah terpengaruh dengan propaganda IS bagi meraih sokongan perjuangan sesat mereka.

“Kedudukan Syahid tidak boleh dicapai secara tindakan membunuh diri atau membunuh nyawa yang tidak berdosa dengan menyertai perjuangan IS yang secara jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam baik dari segi akidah mahu pun syariat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Kamaruddin berkata niat jihad yang sebenarnya ialah ikhlas kerana Allah SWT sedangkan jihad IS lebih bermotifkan untuk membalas dendam dan untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.

“Matlamat tidak akan menghalalkan cara, di dalam perjuangan jihad IS mereka tidak mengambil kira larangan yang telah digariskan oleh Islam ketika berperang dengan bertindak kejam membunuh orang awam, wanita, kanak-kanak dan tawanan perang dengan sesuka hati.

“Malah IS turut memusnahkan harta benda awam termasuk rumah ibadat seperti masjid dan gereja semata-mata dengan alasan pihak tersebut tidak menyokong atau sependapat dengan perjuangan mereka,” katanya.

Kamaruddin berkata maksub jihad dari segi syarak ialah berjuang dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat dalam menegakkan agama Allah yang merangkumi pengorbanan nyawa, kesanggupan membelanjakan harta, mengerahkan segala masa, tenaga dan pemikiran semata-mata untuk jalan Allah SWT. – BERNAMA

Tags: jihad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kawalan Minda’ Jadikan Fikiran Pengganas Jumud

15/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan proses radikalisasi penyokong kumpulan pengganas yang lazimnya dilalui mereka akan menyebabkan minda...

Pertahan Tabung Haji Sebagai Jihad Ekonomi

09/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan supaya pihak Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melakukan siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd