• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jet Terbaru Kerajaan Dibeli Ganti Pesawat Berusia 20 Tahun

oleh Ahmad Albab
18/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI usaha mengurangkan kos penyelenggaraan yang tinggi, sebuah pesawat berusia 20 tahun milik kerajaan kini digantikan dengan pembelian sebuah jet jenis A320.

Jet tersebut merupakan kenderaan rasmi bagi Yang DiPertuan Agong, Sultan-Sultan dan Perdana Menteri Malaysia untuk digunakan bagi perjalanan jarak jauh.

[BERKAITAN: Isu Jet Peribadi Najib, KJ Gesa Putrajaya Segera Jawab]

Memetik laporan blog mykmu.net, satu sumber kerajaan memberitahu, jet baru itu menggantikan pesawat jenis BBJ737-700NG kerana faktor usia.

Menurut sumber itu lagi, amalan tersebut merupakan perkara biasa dalam mana-mana kerajaan dan ia tidak dilihat sebagai satu pembaziran kerana bakal digunakan oleh VVIP negara bagi tujuan rasmi.

7318492094_6cab816f34_b

Laporan sama turut menepis dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bahawa tindakan tersebut tidak menguntungkan kerana pembelian pesawat baru bakal menjimatkan kos penyelenggaraan yang digunakan pesawat terdahulu.

Difahamkan, pembelian jet tersebut diberi secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd kerana syarikat tersebut turut memiliki kontrak menyelenggara dan mengendalikan pesawat kerajaan jenis ACJ 319.

Selain itu, ciri-ciri spesifik dan khas juga membuatkan pembelian jet ini tidak sesuai dibuat secara tender.

Mengenai cakap-cakap segelintir pihak bahawa tindakan tersebut tidak patut dilakukan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membazir, sumber itu menegaskan dakwaan itu tidak sepatutnya wujud kerana sepanjang pemerintahan beliau selama enam tahun, ini merupakan kali pertama Najib menukar pesawat VVIP.

– MYNEWSHUB.CC

Rakaman Amatur Pesawat Terhempas Di LIMA 2015

https://www.youtube.com/watch?v=c4AUbo4qWzU

Tags: KerajaanpesawatPutrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd