• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sertai Perhimpunan Haram Sabtu Ini – Polis

oleh Ahmad Albab
07/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram di ibu negara Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata perhimpunan tersebut melanggar undang-undang dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan kerana ia bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Penganjur gagal menghantar notis untuk mengadakan perhimpunan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 dan polis boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat kerana mengganggu ketenteraman awam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

“Penganjur perlu bertanggungjawab di atas apa-apa perkara yang berlaku pada perhimpunan tersebut memandangkan polis telah memberi nasihat sewajarnya kepada mereka,” kata Zainol.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) Samsudin Mohamad Fauzi mencadangkan agar Ops Cantas Khas yang dijalankan sebelum ini, diperhebatkan lagi dalam tempoh lebih panjang bagi menjamin keselamatan rakyat Malaysia.

“Perkara ini telahpun terbukti dalam Ops Cantas Khas sebelum ini yang menunjukkan kadar jenayah senjata api turun mendadak dan pada masa itu, rakyat bersyukur dan berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menteri berkenaan di atas pelaksanaan operasi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak berwajib lain juga disarankan bekerjasama dengan PDRM supaya dapat memantapkan lagi operasi-operasi khas seumpama itu bagi membendung berlakunya kejadian yang tidak diingini.

“Dengan adanya operasi khas ini, keyakinan rakyat Malaysia amnya faktor keselamatan akan lebih meningkat,” katanya ketika mengulas kejadian seorang lelaki ditembak, dipercayai oleh pembunuh upahan di Kajang baru-baru ini. – BERNAMA

Tags: Perhimpunan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

12/03/2023
0

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi...

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

24/11/2022
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd