• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Ingat Kita Sahaja Buat Kerja Islam” – Tuan Ibrahim

oleh Ahmad Albab
15/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Jangan kita perbodohkan orang lain semata-mata merasakan kitalah yang hebat atau hanya kita sahaja yang membuat kerja Islam”.

Itu pesanan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada ahli dan pimpinan parti itu.

Tegas beliau, setiap manusia ada bidang dan kebolehan masing-masing yang boleh menyumbang kepada kemenangan Islam selagi semua pihak saling menghormati kelebihan masing-masing.

“Ahli agama ada bidang dan medannya. Ahli ekonomi ada kepakaran dan medannya demikian ahli doktor, jurutera, sains dan lain lain. Mereka juga ada kepakaran dan medannya untuk menyumbang.

“Kita tidak mungkin minta pakar sains berbicara tentang kaedah istinbat hukum yang menjadi kepakaran bagi ahli agama. Tapi ini tidak bermakna pakar sains tidak boleh mengeluarkan pandangannya. Cuma jangan pula pakar sains bersifat ujub sehingga menghina pandangan dan memandang remeh sumbangan orang lain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau dipercayai berkata demikian berikutan perbalahan yang sedang berlaku diantara pendokong golongan profesional dan ulama dalam parti PAS menjelang Muktamar PAS 2015.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak terlibat membuang ego masing-masing kerana ia boleh mengundang perasaan meluat orang ramai.

“Semua orang ada sumbangan dalam perjuangan Islam. Sumbangan tersebut tentulah berbeza antara satu sama lain, mengikut kemampuan dan kepakaran mereka. Jangan kita rasa ujub dengan apa yang kita tahu lalu membodohkan orang lain,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: islamTuan Ibrahim Tuan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Satu kisah menyentuh hati dikongsikan Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah...

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

07/02/2026
0

LONDON – Penyanyi rap terkenal Britain, Central Cee, dilaporkan telah memeluk agama Islam selepas mengumumkan perkara tersebut secara terbuka menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd