• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Perikanan Banteras 105 Aktiviti Perikanan Haram Jan-Mac

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Perikanan berjaya membanteras 105 kes aktiviti perikanan haram di seluruh negara sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan.

Beliau berkata menerusi operasi Program Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS) itu, sebanyak 154 nelayan turut ditahan dengan 70 daripadanya adalah kru warga asing.

Tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk penggunaan pukat tunda tidak berlesen dan pukat rawa surong, menggunakan pekerja warga asing tanpa permit, peralatan tidak mengikut spesifikasi lesen dan menangkap ikan di luar kawasan yang dibenarkan, katanya.

“Risikan kami juga menunjukkan terdapat peningkatan bilangan pukat tunda tidak berlesen dan pukat rawa surong dengan 122 buah di Perlis, Kedah (227), Perak (347) dan Selangor (169),” katanya pada sidang media, di sini, Isnin.

Beliau berkata 210 batang pancang kerang haram turut dimusnahkan dalam operasi MCS di kawasan perairan Selangor dan menyita 38 unit peralatan tongkah.

Selain itu, Ismail berkata aduan daripada nelayan mengenai aktiviti perikanan haram pada tahun lepas turut meningkat kepada 362 berbanding 182 pada 2013.

Menurutnya, pada tahun lepas Jabatan Perikanan turut menjalankan sebanyak 26,759 pemeriksaan ke atas kapal dan peralatan menangkap ikan.

Beliau berkata operasi MCS akan terus dipergiatkan bagi memastikan jumlah pendaratan ikan negara dengan purata 1.4 juta tan metrik setahun ketika ini tidak terjejas akibat aktiviti haram.

“Penggunaan pukat tunda dan pukat rawa surong di kawasan pesisir pantai akan mengakibatkan anak-anak dan benih ikan turut ditangkap dan ini dikhuatiri akan menjejaskan sumber perikanan negara.

“Pihak Jabatan Audit Negara juga telah menyarankan agar sumber kewangan diperuntukkan untuk aktiviti pengurusan perikanan terutamanya bagi menambah aset seperti enjin bot dan peralatan komunikasi,” katanya. – BERNAMA

Tags: LKIMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd