• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor: TMJ Hadir Majlis Bacaan Yasin, Tahlil

oleh Ahmad Albab
21/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat di Masjid Sultan Abu Bakar di sini, malam ini sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Turut berangkat ke majlis itu ialah isteri Tunku Mahkota Johor, Yang Mulia Che’ Puan Khaleeda Bustamam, adinda baginda Tunku Aminah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim, Mufti Johor Datuk Mohd. Tahrir Samsudin dan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadot.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 1,000 orang dan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti solat hajat, bacaan Yasin, tahlil, doa selamat sebelum diteruskan dengan solat Isyak berjemaah.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor moden kelima akan berlangsung di Istana Besar di sini, Isnin ini. – BERNAMA

Tags: TMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd