• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden LIMA: Adun Yakin Ganti Rugi Akan Dibayar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kerajaan Kedah berkeyakinan Kementerian Pertahanan akan menanggung sebarang bayaran ganti rugi terhadap kemusnahan sebuah rumah dan beberapa kenderaan akibat insiden pesawat terhempas di Langkawi Ahad.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Manusia, Pelancongan Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata menjadi kelaziman Kementerian Pertahanan membayar ganti rugi apabila terdapat insiden ketika Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA).

“Bayaran ganti rugi (ketika LIMA) itu adalah biasa kerana sebelum ini terdapat insiden ada haiwan ternakan seperti lembu mati terkejut akibat bunyi kuat pesawat,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rawi juga merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat di kawasan Parlimen Langkawi.

Dalam kejadian pada 2.04 petang semalam, dua pesawat milik pasukan aerobatik Jupiter dari Indonesia terhempas selepas bergeser sesama sendiri ketika menjalani latihan untuk LIMA ’15.

Serpihan daripada salah sebuah pesawat itu mengenai rumah penduduk di Kedawang, mengakibatkan rumah, kereta dan motosikal pemiliknya terbakar. – BERNAMA

Tags: adunLIMA'15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhli Shaari Bangkit Hubungan ADUN, Zetrix AI Dengan Syarikat Pembangun Aplikasi TuJu

Fadhli Shaari Bangkit Hubungan ADUN, Zetrix AI Dengan Syarikat Pembangun Aplikasi TuJu

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari membangkitkan hubungan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan syarikat...

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

09/08/2026
0

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng mendakwa beliau membantu melestarikan syiar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd