• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Berjaya Diminta Bantu Bekas Sekolah Mereka – Idris

oleh Ahmad Albab
01/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Individu yang berjaya dalam pelbagai bidang sama ada dalam atau luar negara diminta tampil menabur jasa kepada sekolah tempat mereka mendapatkan pendidikan, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya para guru yang dahulunya pernah mengajar mereka tidak mahukan hadiah tetapi berharap agar bekas pelajar mereka dapat membantu dalam meningkatkan prestasi sekolah tempat mereka pernah belajar supaya sekolah itu dapat mengekalkan kedudukan sebagai sekolah terulung dalam pendidikan di negara ini.

“Usaha yang dilakukan oleh bekas-bekas pelajar seperti yang terdapat di negara asing patut dicontohi bekas pelajar di negara ini dengan bukan setakat berbakti dengan mengeluarkan pelbagai bantuan sebaiknya termasuk membina bangunan untuk keperluan pelajar yang sedang belajar di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Buku “Tengku Mahmud School (TMS) Dalam Warisan” dan merasmikan bangunan Rumah Singgah Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Tengku Mahmud (TMESA) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud di sini hari ini.

Idris yang juga anggota Parlimen Besut berkata SMK Tengku Mahmud yang ditubuhkan pada Januari 1954 telah banyak berjasa kepada penduduk Besut kerana ia merupakan sekolah aliran Bahasa Inggeris untuk anak penduduk Besut dan juga di Terengganu.

Katanya kebanggaan penduduk Besut kepada SMK Tengku Mahmud bukan sahaja ia dapat melahirkan pelajar yang bijak dan berkelulusan baik tetapi yang lebih utama ramai kalangan mereka kini telah menjadi pemimpin ternama dan berjaya dalam pelbagai bidang.

Idris berkata andai tiadanya langkah pemimpin dahulu mewujudkan Sekolah Tengku Mahmud beraliran Bahasa Inggeris, kemungkinan besar tidak akan ada nama-nama terkenal dalam pentadbiran negara, kepolisan, ketenteraan, kehakiman, pendidikan dan perniagaan di negara ini yang terdiri daripada anak-anak Besut.

Rumah Singgah TMESA yang terletak dalam kawasan sekolah berkenaan turut dilengkapi sebuah makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang dibiayai TMESA.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi TMESA Mohamed Jusoh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Serangkai Motor dan lebih 150 anggota TMESA. – BERNAMA

Tags: Idris JusohSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd