• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imuniti MP Terbatas Peruntukan Perlembagaan Persekutuan

oleh AK-47
19/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Rhoma Ahmad Razali dan Zalina Maizan Ngah

KUALA LUMPUR (Bernama) — Imuniti dan keistimewaan anggota Parlimen
semasa berucap atau berbahas dalam sidang Dewan Rakyat masih terbatas menerusi
peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, menurut pakar
undang-undang.

Menurut mereka, anggota Parlimen perlu mengelak daripada kecenderungan
menghasut semasa berucap atau berbahas kerana perkara yang dilarang termasuk
menghasut digariskan dengan terperinci dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pensyarah Kuliah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata di bawah Perkara 63(4)
Perlembagaan Persekutuan berkaitan ‘Keistimewaan Parlimen’, seseorang anggota
Parlimen boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948, jika
membuat sesuatu kenyataan yang cenderung menghasut.

“Peruntukan itu sangat jelas. Memang anggota Parlimen itu mempunyai imuniti
di bawah Perkara 63(2) Perlembagaan Persektuan tetapi ia tidak terpakai apabila
menyentuh atau disifatkan sebagai kesalahan di bawah Akta Hasutan,” katanya
kepada Bernama.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kecenderungan
anggota Parlimen kini yang semakin berani mengutarakan isu-isu berbaur hasutan
semasa berucap atau berbahas di Dewan Rakyat.

Shamrahayu berkata walaupun sesuatu ucapan atau kenyataan itu dibuat
berdasarkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, anggota Parlimen
masih tidak boleh membuat ucapan yang mempunyai kecenderungan menghasut kerana
perkara yang termaktub dalam Perlembagaan masih mengatasi peraturan mesyuarat
itu.

Beliau berkata malah pernah anggota Parlimen diambil tindakan di bawah
Akta Hasutan kerana menyentuh perkara yang berbaur hasutan di Dewan Rakyat.

“Contohnya, anggota Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Kinabalu Datuk
Mark Koding telah diambil tindakan di bawah Akta Hasutan apabila menyentuh
mengenai sekolah vernakular semasa berucap pada persidangan Dewan Rakyat pada
Oktober1978,” katanya.

Sementara itu, peguam Shaharudin Ali berkata anggota Parlimen tidak boleh
bercakap apa sahaja di Dewan Rakyat kerana mereka juga boleh dikenakan tindakan
mahkamah jika tidak membataskannya.

Imuniti atau keistimewaan yang diberi kepada seseorang anggota Parlimen
bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak, total dan bebas malah mengikut Artikel 63
Perlembagaan Persekutuan ia masih mempunyai sekatan tertentu, katanya.

Shaharudin berkata Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan dengan
jelas bermaksud bahawa tiada keistimewaan kepada anggota Parlimen daripada
dikenakan tindakan mahkamah di atas apa yang diucapkan ketika persidangan Dewan
Rakyat atau Dewan Negara berdasarkan kepada empat perkara dalam perlembagaan
itu.

Empat perkara tersebut ialah berhubung Perkara 153 iaitu hak istimewa orang
Melayu, Perkara 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Perkara
181 tentang Raja-Raja Melayu dan perkara yang tergolong kepada definisi hasutan
menurut Akta Hasutan 1948.

“Maknanya jika yang dibangkitkan Ahli Parlimen itu menyentuh soal Perkara
153, 152, 181 dan hasutan di bawah Akta Hasutan, maka seseorang ahli Parlimen
itu boleh diambil tindakan di mahkamah atas apa yang mereka cakap dalam
Parlimen,” katanya kepada Bernama.– BERNAMA

Tags: Liwatmahkamah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Facebook Mula Kemaskini Angka Like Di Facebook Page

Next Post

Tuala Wanita Kena GST Cuit Hati Sidang Dewan Rakyat

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

29/11/2024
0

TAWAU - Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini...

Next Post

Tuala Wanita Kena GST Cuit Hati Sidang Dewan Rakyat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd