• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Pantau Militan IS Di Pintu Masuk Negara

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Imigresen sedang memantau pintu masuk negara dalam usaha mengesan individu yang terlibat dengan gerakan militan Islamic State (IS), kata Ketua Pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim.

Beliau berkata pemantauan dibuat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia bagi menghalang individu terlibat meninggalkan negara ini.

“Kita dapat senarai orang yang disyaki (terlibat dengan militan IS) daripada pihak polis. Jika polis beritahu orang itu terlibat, dia tidak akan dibenarkan keluar negara,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sedang mengadakan lawatan kerja ke negeri ini.

Mustafa berkata jabatan itu juga sentiasa mengadakan kawalan ketat di kawasan sempadan bagi mengelak kemasukan pendatang asing tanpa izin.

“Tiada masalah berlaku di pintu masuk sah negara, tetapi kebanyakan masalah timbul melalui pintu masuk haram yang dikenali sebagai lorong tikus.” katanya.

Sementara itu Mustafa berkata Jabatan Imigresen sedang menguruskan pembekalan senjata api kepada anggotanya yang terlibat dalam penguatkuasaan di bahagian kritikal atau berisiko.

Beliau berkata penggunaan senjata api bagi anggota penguat kuasa jabatan itu dibenarkan bagi tujuan mempertahankan diri jika diancam ketika bertugas.

“Ada senjata yang diperuntukkan kepada imigresen dan sesetengahnya masih dalam proses untuk diberikan lesen, bawa dan guna.

“Sesetengah mereka (anngota penguat kuasa) memang sudah dapat lesen dan kita membekalkan mereka dengan senjata bukan untuk tujuan menakutkan orang tetapi untuk mempertahankan diri mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: ImigresenIS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd