• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Kedah Tahan Lelaki Miliki Pasport Indonesia Palsu

oleh Ahmad Albab
10/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang lelaki warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Kedah kerana memiliki dua pasport Indonesia palsu di sebuah restoran di Jalan Sultanah di sini semalam.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata tangkapan dilakukan pada 5.45 petang hasil maklumat awam oleh sepasukan anggota penguatkuasa Imigresen Kedah diketuai penolong pengarah negeri Nar Azaman Ibrahim.

Katanya hasil pemeriksaan turut menemui dua pas lawatan kerja sementara palsu milik dua wanita Indonesia.

“Suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 (Akta 150) kerana memiliki pasport orang lain selain dirinya tanpa kuasa yang sah,” katanya dalam kenyataan Selasa.

Menurut Mohamad Yusri suspek turut disiasat mengikut Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63(pind.2002) kerana memiliki dua pas Imigresen yang palsu.

Sementara itu, beliau berkata penguatkuasa Imigresen Sungai Petani menerusi ‘Ops Mahir’ menahan empat lelaki warga Bangladesh di sebuah kilang memproses barangan kitar semula di Taman Ria Sungai Petani semalam.

Warga Bangladesh itu didapati tidak mempunyai dokumen sah serta melanggar syarat.

Beliau berkata dalam operasi pada 7 petang itu, seorang rakyat tempatan dipercayai majikan mereka turut ditahan kerana melindungi pekerja asing.

Warga Bangladesh itu didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63(pindaan 2002) dan peraturan 39(b) peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana tiada pas yang sah serta melanggar syarat pas, katanya.

Beliau berkata majikan itu disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi pendatang asing tanpa izin.

Sementara itu Imigresen Kedah menerusi ‘Ops Selera’ dan ‘Ops Pintu’ menahan empat warga Indonesia serta Thailand yang tidak memiliki dokuman di sebuah restoran dan sebuah rumah di Sungai Petani.

Dalam operasi pada 3 petang semalam itu penguatkuasa turut menahan seorang majikan warga tempatan kerana melanggar Sekyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi pendatang asing, katanya. – BERNAMA

Tags: Imigresenwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd