• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IJN Akan Tingkat Nisbah Pesakit Sektor Swasta Kepada 45%

oleh Ahmad Albab
03/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institut Jantung Negara (IJN) bercadang meningkatkan nisbah pesakit daripada sektor swasta kepada 45 peratus daripada 30 peratus ketika ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub.

Pusat perubatan bagi rawatan dan penjagaan kardiovaskular dan torasik itu menyediakan 70 peratus daripada perkhidmatannya kepada kakitangan kerajaan dan 30 peratus kepada sektor awam.

“Dalam tiga tahun akan datang kami akan meningkatkan jumlah pesakit daripada sektor swasta kepada 45 peratus,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan BP Healthcare Group, di sini, Ahad.

Ketika ini IJN mempunyai kira-kira 4,500 pesakit sektor swasta.

Dr Mohd Azhari berkata, pusat perubatan itu telah menambahbaik kemudahannya dan mempunyai keupayaan untuk memperluaskan kepakarannya.

MoU antara IJN dan BP Healthcare, satu daripada syarikat penyedia penjagaan kesihatan, bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menjalani pemeriksaan kesihatan.

Menerusi kerjasama itu, pakar kardiologi IJN akan ditempatkan di BP Specialist Centre bagi tujuan konsultasi dan merujukkan pesakit yang menghidap penyakit jantung koronari kepada pakar jantung di IJN.

MoU selama setahun itu akan bermula 4 Mac, dengan klinik kardiologi pertama akan dibuka di BP Specialist Centre di Petaling Jaya untuk enam bulan pertama dan akan disusuli lebih banyak cawangan akan dibuka bergantung kepada permintaan. – BERNAMA

Tags: hospitalpesakit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd