• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa, Penjaga Cuai Jaga Anak Boleh Dikenakan Tindakan Undang-undang

oleh Ahmad Albab
04/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ramai yang masih tidak menyedari bahawa ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam menjaga anak-anak mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak itu hilang, kemalangan atau kehilangan nyawa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Exco Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Datuk Faridah Khalid berkata perkara tentang kesalahan itu termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

“Jika disabit kesalahan, ibu bapa atau penjaga yang cuai boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau bagaimanapun mengakui banyak kes ibu bapa yang cuai itu terlepas daripada tindakan undang-undang berikutan dasar kasihan pihak penguatkuasa terhadap penderitaan yang dihadapi oleh keluarga mangsa yang kehilangan anak mereka.

“Kita mempunyai undang-undang khusus di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] bagi melindungi hak seseorang kanak-kanak di negara ini,” katanya.

Faridah berkata beliau terkilan dengan sikap ambil mudah segelintir ibu bapa kini yang memandang remeh soal keselamatan anak mereka sehingga berlakunya kemalangan, kehilangan mahupun kematian.

Beliau berkata seolah-olah menjadi satu trend pada masa kini terdapat ibu bapa yang sanggup meningggalkan anak mereka dalam kereta berjam-jam tanpa pengawalan orang dewasa semata-mata ingin membeli-belah di pasar raya.

“Saya masih ingat lagi satu kes yang berlaku di negara ini pada tahun lepas apabila seorang kanak-kanak mati lemas dalam kereta apabila ibunya terlupa ada membawa anak bersama ke pasar raya,” katanya.

Faridah berkata perkara tersebut amat menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

Beliau berkata ibu bapa adalah pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dan melindungi anak mereka daripada sebarang ancaman keselamatan dan mereka tidak boleh lari daripada tanggungjawab berkenaan. – BERNAMA

Tags: ibu-bapa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pota Bukan Ciplak ISA – Ahmad Zahid

Next Post

180 Jam Khidmat Masyarakat Tak Hadir PLKN

Related Posts

Anak Jadi ‘Burung Hantu’ Sepanjang PKP

04/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Kedua-dua anak Mary seolah-olah jadi seperti 'burung hantu' dalam tempoh lebih 50 hari kebelakangan ini dengan berjaga...

Adilkah Bayar Yuran Penuh Taska Sepanjang PKP?

27/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Taska atau pusat asuhan kanak-kanak yang masih meminta bayaran yuran penuh meskipun ibu bapa tidak dapat menghantar...

Next Post

180 Jam Khidmat Masyarakat Tak Hadir PLKN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd