Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

“Sebagai Ibu Tunggal, Saya...

PELAKON Izreen Azminda memberitahu dia bukan mahu melupakan bidang seni tetapi hanya memperlahankan...

Budak 14 Tahun Tangkap...

Jombang, Indonesia - Penduduk di sebuah kampung di sini kecoh selepas seorang kanak-kanak...

Batang Kelapa Sawit Sumber...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kini dalam proses merangka Pelan...

Permohonan Semakan Selepas Penghakiman...

PUTRAJAYA - Keputusan berhubung permohonan semakan terhadap keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar...

Hukuman Mati Kekal Kerana Mengedar Dadah

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang warga Sweden kerana mengedar 4.3 kilogram methamphetamine.

Panel hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam sebulat suara menolak rayuan Ferry Linnbark.

Hakim Mohtaruddin berkata selepas mempertimbangkan keterangan secara menyeluruh, mahkamah mendapati terdapat mens rea (niat atau pengetahuan) untuk membuat kesimpulan mengenai pemilikan dadah.

Beliau memutuskan bahawa sabitan ke atas Linnbark adalah tepat dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya (Linnbark) bersalah atas tuduhan mengedar dadah dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Linnbark, 46, yang memiliki sebuah pub di Pattaya, Thailand, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 23 April, 2012 kerana melakukan kesalahan itu di bahagian pemeriksaan penumpang di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 10 am pagi 6 Disember, 2011.

Linnsbark mempunyai satu lagi usaha terakhir untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan di Mahkamah Persekutuan.


Menurut fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menunjukkan pada hari itu, Linnbark yang sedang menuju ke arah pintu keluar balai ketibaan, kemudiannya ditahan bagi memeriksa sebuah beg yang dibawanya, dan menjumpai satu plastik lutsinar mengandungi bahan berwarna putih yang apabila dianalisis ahli kimia sebagai methamphetamine.

Bagaimanapun, Linnsbark mendakwa beliau membeli tiket penerbangan pergi balik dari Bangkok ke Istanbul, Turki untuk membeli paip air untuk pubnya dan separtutnya kembali ke Bangkok pada 17 Disember, 2011, selepas tinggal di sana selama 10 hari.

Bagaimanapun, dia kemudiannya membeli tiket penerbanganlain untuk perjalanan ke Malaysia dari Istanbul dan meninggalkan negara ini selepas tinggal selama satu malam.

Linnsbark diwakili Gobind Singh Deo manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=XWMLH1_2I3k

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori