• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harrison Ford Cedera Parah, Pesawat Dipandu Terhempas

oleh Ahmad Albab
07/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Pelakon filem Indiana Jones, Harrison Ford, 72, cedera parah selepas kapal terbang kecil miliknya terhempas di padang golf dekat Los Angeles, awal pagi tadi, lapor laman web selebriti, TMZ dan media tempatan.

PESAWAT kecil kepunyaan pelakon Harrison Ford (gambar kecil) terhempas di Padang Golf Penmar, di Venice, California, hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles tidak mengenali pelakon berusia 72 tahun yang terkenal dalam filem 'Indiana Jones' itu berkata, juruterbang pesawat satu enjin tersebut mengalami kecederaan kritikal dalam kemalangan. - Foto REUTERS
PESAWAT kecil kepunyaan pelakon Harrison Ford (gambar kecil) terhempas di Padang Golf Penmar, di Venice, California, hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles tidak mengenali pelakon berusia 72 tahun yang terkenal dalam filem ‘Indiana Jones’ itu berkata, juruterbang pesawat satu enjin tersebut mengalami kecederaan kritikal dalam kemalangan. – Foto REUTERS

Pelakon itu mengalami luka parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

“Kami boleh mengesahkan sebuah kapal terbang terhempas dan terdapat seorang juruterbang lelaki berusia antara 65-70 tahun.

“Mangsa dibawa ke hospital berdekatan dan dilaporkan stabil,” kata jurucakap Jabatan Polis Los Angeles, Nuria Vanegas.

‘Laporan itu berlaku pada kira-kira jam 2.25 petang waktu tempatan. Kerosakan mekanikal pesawat adalah punca nahas berkenaan,” kata Vanegas.

Jabatan Bomba Los Angeles berkata, juruterbang pesawat itu dilaporkan kritikal di sebuah hospital tetapi enggan mengulas identitinya.

Pegawai Seranta Ford pula tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan.

Carlos Lugo, 63, berkata, beliau sedang bermain golf di Penmar Golf Course apabila ternampak pesawat kecil itu dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Santa Monica mengalami kerosakan dan berusaha untuk berpatah balik ke landasan.

“Pesawat itu terbang di celah pokok dan mendarat dekat lubang kelapan di padang golf itu,” katanya.

Ford yang terkenal dengan watak dalam filem blockbuster seperti Star Wars dan Indiana Jones memang seorang penggemar kapal terbang.

Pesawat vintaj dengan dua tempat duduk itu mengalami kerosakan teruk dan remuk di atas padang golf.

– Reuters

Tags: pesawat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd