• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 8,000 Barang Keperluan Turun Harga Sejak Awal Bulan Ini

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harga sebanyak 8,285 produk pelbagai barangan telah diturunkan sebanyak 70 peratus sejak Kempen Penurunan Harga 2015 peringkat kebangsaan dilancarkan awal bulan ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata kempen itu melibatkan 1,036 pengusaha industri runcit termasuk pasar raya besar serta pasar raya mini di seluruh negara.

Katanya perkembangan positif itu adalah hasil perbincangan antara kerajaan dan penggiat industri bagi menjayakan kempen penurunan harga barang.

“Kerajaan telah buat kempen penurunan harga sejak 2008 sehingga kini. Penyertaan merupakan komitmen secara sukarela dengan peratusan penurunan harga barang keperluan antara 10 hingga 70 peratus.

“Saya anggap kempen tahun ini bersejarah kerana sehari sebelum kempen dilaksanakan, kerajaan telah umum kenaikan harga minyak sebanyak RM0.25 tetapi ia tetap mendapat kerjasama pihak terbabit,” katanya menjawab soalan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu).

Abdul Aziz bertanya sama ada kementerian bercadang mewujudkan jawatankuasa yang dapat mencari resolusi menurunkan harga barang sejajar penurunan harga minyak.

Menjelas lanjut, Hasan berkata adalah menjadi harapan kerajaan agar kempen ini akan membantu meringankan beban rakyat terutama mereka dari golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Justeru, beliau menyeru pelbagai pihak lain, termasuk pengusaha restoran agar menyertai kempen itu dengan menawarkan harga berpatutan kepada pengguna dan tidak mengambil kesempatan mengenakan harga yang tidak munasabah.

Menjawab soalan tambahan anggota yang sama yang ingin tahu kaedah yang diambil kerajaan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang sesuka hati, Hasan berkata kerajaan telah menambah kira-kira 2,000 pegawai penguat kuasa bagi memantau harga barang keperluan.

Katanya pemantauan itu juga dibantu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang telah dilantik di setiap kawasan parlimen dengan melaporkan terus kepada ibu pejabat kementerian sekiranya terdapat kenaikan harga barang di kawasan mereka.

Hasan berkata peningkatan statistik aduan daripada pengguna juga meningkat membuktikan pendidikan yang dijalankan memberi kesan kepada pengguna selain menjadikan pengguna peka dengan perkembangan harga barang keperluan.

“Kita didik pengguna supaya prihatin. Maka mereka akan bersama membantu kementerian memerangi peniaga yang enggan ikut arahan supaya turun harga barangan,” katanya.

Pada 2013, sebanyak 11,851 aduan mengenai harga barang telah diterima dan kerajaan telah menyelesaikan 97 peratus manakala aduan pada 2014 meningkat kepada 14,089 (16 peratus).

“Bila ada respons pengguna, ini membuktikan mereka bagi kerjasama penuh dan mahu memerangi peniaga tidak bertanggungjawab. Dan kita dapat kawal perkara ini,” katanya.

– BERNAMA

Tags: Harga BarangHasan Malek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd