Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Agong Serah Suratcara Lantikan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

Tak Mahu Beban Pelanggan,...

KUALA LUMPUR - Pasaraya Mydin hari ini menjelaskan keputusan untuk menyerap Cukai Barang...

“Kami Masih Rapat, Tiada...

NAMPAKNYA penghujung tahun 2016 merupakan dugaan besar buat pengacara dan pelakon Neelofa kerana gosip-gosip...

Tembok YPR Runtuh, IEM...

KUALA LUMPUR: Institut Jurutera Malaysia (IEM) menawarkan bantuan teknikal dan pandangan, susulan kejadian...

Hampir 120,000 Unit Rumah PR1MA Telah Diluluskan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 119,933 unit rumah di bawah Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA) telah diluluskan pembangunannya setakat ini membabitkan sejumlah 80 projek di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, daripada jumlah itu sebanyak 40,000 unit rumah sedang dibina, sementara selebihnya akan bermula dalam bila-bila masa.

“Semua 80 projek ini telah pun diluluskan oleh Anggota Perbadanan PR1MA di mana lokasi pembinaan telah dikenal pasti dan reka bentuk rumah juga sudah ditentukan dan pengumuman setiap projek dibuat dari semasa ke semasa.

“Jumlah itu juga termasuk tujuh projek membabitkan 7,116 unit rumah yang baharu sahaja ditutup permohonannya baru-baru ini,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan ke-33, di sini hari ini.

Tujuh projek tersebut adalah PR1MA@Alam Damai, Kuala Lumpur; PR1MA@Bandar Meru Raya, Perak; PR1MA@Kuala Ketil, Kedah; PR1MA@Sungai Petani 1, Kedah; PR1MA@Bandar Layangkasa, Johor; PR1MA@Terbrau, Johor; dan PR1MA@Melaka Tengah 1, Melaka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori