• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gugurkan Visa Untuk Pelancong China

oleh Ahmad Albab
23/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia ‘hilang’ tukaran mata wang daripada pelancong yang ke negara jiran disebabkan keengganan menggugurkan keperluan visa untuk pelancong dari China, kata Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Hamzah Rahmat.

Beliau menyifatkan langkah memberikan visa percuma berbanding perjalanan visa percuma kepada pelancong China sebagai ‘separuh langkah’.

Bermula Februari, pelancong dari China yang datang ke Malaysia telah dikecualikan daripada membayar yuran visa.

“Tetapi visa percuma bermakna pelancong China mesti melalui kerumitan memohon visa untuk datang ke sini,” kata Hamzah dalam satu temu bual.

Hamzah berkata, Malaysia mesti menyedari bahawa pelancong China kini mempunyai kuasa membeli yang lebih besar.

“Hari ini, tahap kemewahan mereka adalah lebih besar.

“Mereka mempunyai pendapatan boleh guna yang tinggi dan sangat digemari oleh negara-negara lain, termasuk Eropah dan Amerika Syarikat,” kata Hamzah.

Hamzah berkata Indonesia baru sahaja mengumumkan akan mengetepikan keperluan visa untuk 30 negara termasuk China bermula bulan depan untuk meningkatkan pendapatan tukaran asing daripada mata wang asing pelancong.

“Malaysia ketinggalan dan berada dalam bahaya,” katanya.

Pada Isnin, Menteri Pelancongan Indonesia Arief Yahya berkata langkah itu dijangka menarik sekurang-kurangnya satu juta pelancong baharu ke negara itu bersama-sama dengan pendapatan pertukaran asing tambahan RM4.43 bilion (AS$1.2bil).

Ini dengan andaian bahawa setiap pelancong membelanjakan RM4,433 (AS$ 1,200) sepanjang penginapan.

Hamzah berkata, kerajaan telah menyatakan sebab-sebab keselamatan sebagai alasan untuk tidak membenarkan perjalanan tanpa visa kepada pelancong China.

Bagaimanapun, beliau berkata kebimbangan itu tidak berasas, kerana tidak ramai warga China ditangkap kerana pelacuran atau jenayah lain.

Hamzah menambah, China tidak memerlukan pelancong dari Malaysia kerana mereka mempunyai “asas pelancongan domestik yang besar”.

Hamzah berkata, kerajaan juga perlu meningkatkan visa semasa ketibaan (VOA) untuk pelancong China yang memerlukan mereka pergi ke negara Asean lain sebelum memohon untuk melawat Malaysia selama tujuh hari.

“Mengapa kita memaksa pelancong yang berpotensi untuk pergi dan membelanjakan wang mereka di negara lain dahulu sebelum anda membenarkan mereka datang ke Malaysia?” soal beliau. – mStar Online

Tags: PelancongVisa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd