• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gosip Anita Bercerai Palsu, Kini Bahagia Jadi Suri Rumah

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bukan pertama kali diperkatakan, gosip tentang rumahtangga diva sensasi, Anita Sarawak pernah beberapa kali dibangkitkan.

Namun baru-baru ini, ia sekali lagi menjadi panas dalam dunia seni tempatan, sementelah penyanyi itu masih belum pulang dari merawat kekecewaanya di Las Vegas, Amerika Syarikat sejak beberapa tahun lalu.

Entah mana silapnya, beliau yang dikenali dengan panggilan Kak Nita, langsung tidak dapat dihubungi oleh media tempatan.

post_1-11_7_1

Enggan membiarkan isu ini terus disalah tafsir peminat dan pengikut industri hiburan, akhirnya, adik tiri kepada Kak Nita, iaitu Noorkumalasari bersuara menjawab persoalan tersebut.

Ujar bekas model, pelakon dan penyanyi itu, rumahtangga Anita masih utuh dan beliau masih lagi bersama dengan suaminya, Mahathir Abdullah.

“Kali terakhir saya berbual dengannya menerusi telefon kira-kira dua bulan lalu dan saya sendiri bertanya kepadanya tentang gosip mengatakan dia sudah berpisah dengan Mahathir dan dia memberitahu perkara itu tidak benar.

“Laporan yang keluar mengenai perkara itu adalah fitnah dan ini bukan perkara baru. Paling baik mendoakan kebahagiaannya dengan suaminya.”

Tambah Noorkumalasari lagi, kakaknya itu kini memilih untuk menjadi suri rumah sambil menguruskan perniagaannya bersama suami.

“Kehidupannya adalah di Las Vegas malah dia tidak berhasrat untuk pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini.

“Bukannya kerana dia sudah bercerai atau ingin mengelak daripada sesiapa sebaliknya dia gembira dengan kehidupannya sebagai suri rumah selain menguruskan bisnes bersama suami.”

– MYNEWSHUB.CC

Sedutan Konsert Diva – Anita Sarawak 2000

https://www.youtube.com/watch?v=6kJDq81PHzk

Tags: Amerika Syarikatanita sarawakpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd