Semalam, satu entri di laman Instagram milik Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadi sensasi dan dikongsi ramai pihak kerana didakwa menyindir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam ruangan caption, Tunku Puan Pahang menulis, “There goes my diet… oleh kerana nak bayar hairdresser mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!!”
Ramai yang membuat tafsiran negatif apabila mengaitkannya dengan kontroversi yang melanda Rosmah sebelum ini berkaitan kenyataan perkhidmatan mendandan rambut di rumah.
Salah satu blog pro pembangkang, Milo Suam turut memainkan isu tersebut di laman Twitter dengan menulis, ‘Tengku Puan Pahang @cheaminahsayang dihujani pujian kerana ‘perli’ seorang wanita boros, lihat itulah suara rakyat terbanyak #Terbaik.’
Lebih kurang sejam selepas tweet tersebut dimuat naik, akaun Twitter milik Tengku Puan Pahang membalas kenyataan tersebut dengan menafikan tuduhan itu.
Tulis akaun @cheaminahsayang, ‘saya tdk perli Rosmah, she is my good fren dan jgn lagakan kami berdua…‘
Lantas itu, pengendali Twitter Milo Suam terus menaikkan kenyataan tersebut di laman Facebook bagi membetulkan dakwaannya sebelum itu.
Nah, lain kali kalau nak buat sesuatu tuduhan pun, fikirkan kesannya kepada masyarakat dan mangsa sendiri, ya! Biarlah berpolitik secara bijak, telus dan tulus.
– MYNEWSHUB.CC
Tunku Puan Pahang Memasak Untuk Mangsa Banjir



