Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Pegawai Kastam Dakwa Ketua...

SEORANG pegawai wanita Kastam DiRaja Malaysia mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid...

Seorang Lagi Pelajar Tahfiz...

KUALA LUMPUR - Seorang lagi pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang menerima...

PM Ukraine Tolak Rancangan...

KIEV - Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk menolak rancangan perdamaian yang dicadangkan oleh...

Bantuan Makanan Diterbang Dengan...

JERTEH - Sembilan pesawat digerakkan dari Pangkalan Udara Gong Kedak di sini untuk...

Bersorak, Menjerit Gembira Sebelum Sedar Tersalah Tembak

GEORGETOWN – Dua suspek sempat bersorak dan menjerit kerana terlalu gembira selepas menembak mati seorang lelaki dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Jalan Scotland, di sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mereka dikatakan tersilap sasaran kerana menembak mati pemandu kenderaan sedangkan sasaran yang sepatutnya ditembak berada di tempat duduk penumpang, sempat menyelamatkan diri dengan berlari keluar dari kenderaan itu.

Difahamkan, sasaran utama mereka merupakan pemilik restoran berusia 54 tahun dan sebelum ini pernah ditembak ketika baru sampai di rumahnya di Taman Inderawasih, Perai, dekat sini, tahun lalu.

Dalam kejadian bermotifkan dendam itu, mangsa terselamat dan berpatah balik ke restorannya yang terletak 500 meter dari rumah.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak berakhir di situ apabila suspek membalas dendam dengan menetak tangan adik ipar pemilik restoran berkenaan hingga putus.


Harian Metro

*Video di bawah tiada kaitan dengan cerita di atas.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori