• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di S’gor, KL Akibat Penutupan LRA Semenyih

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur sejak minggu lepas ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) akibat pencemaran air mentah dan penutupan rumah pam.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Priscilla Alfred berkata, penutupan LRA Sungai Semenyih pada 8.30 malam 19 Mac lepas menyebabkan gangguan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

“Sehingga 8 pagi hari ini, hanya 32 kawasan (15,596 pintu rumah) daripada 209 kawasan di Wilayah Hulu Langat yang masih dalam pemulihan bekalan air. Namun, situasi bertambah baik dengan tahap pemulihan bekalan air mencapai 99.9 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan situasi terkini, Syabas menjangkakan bekalan air di kesemua kawasan ini akan pulih sepenuhnya menjelang lewat malam esok.

Priscilla berkata, bekalan air di Wilayah Petaling, Sepang dan Kuala Langat pula pulih sepenuhnya pada 23 Mac selepas gangguan bekalan air di 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur akibat penutupan operasi rumah pam Perkuat Kuari, Cheras pada 22 Mac lepas.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai gangguan bekalan air daripada Pusat Panggilan Syabas (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menerusi aplikasi mudah alih mySYABAS. – BERNAMA

Tags: bekalan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd