ATAS tindakan pantas pasukan Bomba dan Penyelamat, seekor buaya dianggarkan berukuran sembilan kaki panjang yang ditemui terperangkap dalam parit berdekatan ladang kelapa sawit berjaya ditangkap, semalam.
Penemuan buaya di Ladang Derawan, Jalan Pesisir Bintulu itu disedari oleh seorang pekerja di ladang berkenaan.
Menurut seorang jurucakap Balai Bolis Bomba dan Penyelamat Samalaju, pihaknya menerima panggilan khidmat khas binatang buas mengenai penemuan buaya itu oleh pekerja di Ladang Derawan sekitar 3.45 petang sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.
Operasi yang diketuai oleh Pek Layang itu, berjaya menangkap haiwan reptilia berkenaan dengan menggunakan tali dan kanvas.
Menerusi maklumat yang kami terima, buaya berkenaan telah diserahkan kepada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan akan diitempatkan di Taman Tumbina, Bintulu. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=hTmPeI_nh7Q



