• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fizo Omar Ikrar Derma Organ Lepas Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
29/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lagi selebriti tanah air, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar menyatakan ikrar untuk menjadi penderma organ bagi membantu mereka yang memerlukan selepas dirinya meninggal dunia.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memberitahu, Fizo Omar turut menyatakan ikrar itu melalui laman Facebook rasminya semalam dengan memaklumkan perkara itu telah dimaklumkan kepada isteri dan ibunya.

“Ikrar Fizo Omar ini memberi harapan kepada lebih 19,000 pesakit yang memerlukan,” kata kenyataan itu hari ini.

Fizo Omar

Kementerian Kesihatan memaklumkan, hanya keluarga terdekat sahaja yang boleh memberi kebenaran untuk menderma organ mana-mana individu yang berhasrat menderma organ selepas meninggal dunia.

Justeru, kata kenyataan itu, seseorang yang telah berikrar dinasihatkan untuk memberitahu ahli keluarga terdekat mengenai hasratnya kerana perkara itu terkandung dalam Akta Tisu Manusia 1974.

Kementerian Kesihatan turut menjelaskan fatwa kebangsaan pada tahun 1970 telah mengharuskan pendermaan organ.

“Maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai derma organ boleh didapati di www.dermaorgan.gov.my atauwww.facebook.com/dermaorgan,” kata kenyataan itu.

Sementara Fizo Omar dalam Facebook beliau turut berharap lebih ramai rakan artis tampil ke depan menzahirkan ikrar untuk menderma organ selepas meninggal dunia.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: derma organFizo Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fizo Omar Pilih Fazeera Sebagai Suri Hatinya

22/10/2021
0

PELAKON, Fizo Omar, 36, melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort,...

“Fizo Telefon Ayah Minta Maaf” – Hawa Rizwana

05/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyampai berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, mengakui pelakon dan usahawan, Fizo Omar meminta maaf...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd