• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Siasat Insiden Kekecohan Perlawanan Piala Presiden

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menyiasat laporan yang mendakwa berlakunya kekecohan selepas perlawanan Piala Presiden antara Pulau Pinang dan Kelantan di Padang ‘A’ Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, semalam.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Jawatankuasa Undang-Undang FAM akan membuat tindakan susulan sekiranya mereka memperoleh maklumat mengenai insiden berkenaan daripada komisar perlawanan.

“Saya belum mendapat laporan perlawanan berkenaan dan baru sahaja mengetahui kejadian tersebut hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pengurus pasukan kumpulan I Pusingan Kelayakan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 2016 di sini, hari ini.

“Sekiranya ada laporan, mereka (Jawatankuasa Undang-Undang FAM) akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Selagi tidak mendapat laporan, saya tidak berani hendak buat komen lanjut,” katanya.

Hamidin menegaskan Sekretariat FAM tidak mencampuri bidang kuasa Jawatankuasa Undang-Undang memandangkan ia sebuah badan bebas yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang.

Menurut laman Facebook, salah seorang penyokong Pulau Pinang mendakwa jurulatih penjaga gol Kelantan, Halim Napi dikatakan bertindak menampar salah seorang pemain pasukan tuan rumah sehingga menimbulkan kekecohan antara pemain kedua-dua pasukan.

Perlawanan berkenaan berkesudahan seri 2-2. – BERNAMA

Tags: FAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendapatkan penjelasan berhubung...

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd