Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

MH370: Pelancong Jumpa Objek...

KETIKA satu dunia sedang memberi tumpuan kepada penemuan sebahagian sayap pesawat dikenali sebagai flaperon...

KDN Belum Terima Surat...

GEORGE TOWN - Kementerian Dalam Negeri masih belum menerima surat permohonan rayuan daripada...

PM, Jemaah Menteri Hadir...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melaksanakan tugas hariannya pada ulang...

Israel Hanya Negara Untuk...

BAITULMAQDIS – Parlimen Israel semalam meluluskan undang-undang menjadikan Israel sebagai negara bangsa Yahudi,...

ESSCom Lancar Kajian Populasi Masyarakat Pala’u Di Semporna

SEMPORNA – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melancarkan kajian populasi masyarakat Pala’u di tiga pulau di daerah Semporna selama tiga hari bermula Khamis.

Pengarah Bahagian Tindakan Awam ESSCom Wan Mohd Khalid Wan Kamal berkata operasi kajian yang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan termasuk Jabatan Perangkaan dan Pejabat Daerah Semporna itu melibatkan 69 petugas serta pembanci.

Beliau berkata operasi itu tertumpu di sekitar Pulau Kulapuan, Pulau Omadal dan Pulau Sibangkat yang menjadi penempatan utama masyarakat Pala’u di Semporna yang merupakan satu daripada daerah yang terletak dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Saya berharap masyarakat di sekitar pulau-pulau berkenaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pembanci kerana kesemua yang dilantik adalah di kalangan warga tempatan yang boleh bertutur dalam bahasa Bajau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau meminta penduduk di sekitar pulau berkenaan supaya tidak panik atau bimbang dengan kehadiran petugas dan pasukan keselamatan kerana kajian populasi ini tidak melibatkan operasi tangkapan pendatang tanpa izin seperti yang berlaku di kawasan bandar-bandar di daerah lain di ESSZone.


Wan Khalid berkata kajian itu antara lain bertujuan untuk mendapatkan maklumat tepat berkaitan jumlah penduduk dan ketua isi rumah serta demografi lengkap penduduk yang berstatus warganegara dan bukan warganegara di tiga pulau berkenaan.

Beliau berkata hasil kajian populasi itu akan dijadikan sebagai asas kepada ESSCom untuk merangka pelan strategik jangka panjang dalam usaha untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya pada masa depan.

“Selain Jabatan Perangkaan dan Pejabat Daerah Semporna, turut terlibat dalam membantu menjayakan operasi kajian tersebut ialah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Universiti Malaysia Sabah, Pejabat Taman-Taman Sabah dan Jabatan Kesihatan Sabah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori