Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Kembar ‘Belangkas’ Ambil Jurusan...

JOHOR BAHRU - Kembar seiras Nurul Nadiah Abdul Halim dan Nurul Najwa Abdul...

Nelayan Mohon Kerajaan Timbang...

KUALA TERENGGANU - Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan memohon kerajaan supaya menggantikan semula...

Bangkai Tikus Dalam Baju...

JIJIK... Seorang wanita di Amerika Syarikat terkejut apabila menemui bangkai tikus dalam baju...

Cengkerang iPhone 6 Untuk...

KERETA mainan Batman ke tu?Haa nanti dulu, ia sebenarnya adalah cengkerang peranti pintar.Sememangnya pilihan...

ESSCom Hargai Peranan RT Pelihara Keharmonian Rakyat

TAWAU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menghargai sumbangan dan peranan Rukun Tetangga (RT) terutama dalam memelihara keamanan dan keharmonian rakyat di peringkat akar umbi, khususnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Justeru, Pengarah Bahagian Keurusetian ESSCom, Newmond Tibin berharap ESSCom dapat memupuk jalinan kerjasama yang erat dengan anggota RT, terutama daripada segi penyaluran maklumat mengenai kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) atau isu keselamatan di kawasan masing-masing.

“Saya percaya menerusi pelbagai aktiviti bersama yang bakal diadakan antara ESSCom dan RT termasuk program kejiranan, ia dapat menyumbang ke arah memantapkan lagi tahap keselamatan di ESSZone.

“Ini kerana kita menyedari bahawa untuk menjamin kesinambungan keamanan dan kemakmuran yang berterusan, ia menuntut semangat perpaduan yang kukuh, kesatuan yang jitu dan muafakat yang mantap dalam kalangan rakyat di semua peringkat,” katanya.

Newmond berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kerjasama ESSCom dan RT’ pada bengkel anjuran Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, di sini hari ini.

Newmond mewakili Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom, Ruji Ubi pada bengkel itu yang dihadiri lebih 50 peserta RT dari Semporna dan Tawau.


Beliau turut menyeru anggota RT supaya bertindak sebagai telinga dan mata pihak berkuasa berhubung isu PATI, sekali gus membantu menjayakan usaha murni kerajaan membebaskan ESSZone daripada PATI.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Perisikan ESSCom. ACP Hashim Justin mengingatkan anggota RT supaya tidak bersekongkol atau melindungi PATI.

Beliau berkata mana-mana rakyat tempatan yang bersubahat dengan PATI akan diambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Kita tidak mahu ada orang tempatan menjadi talibarut pendatang tanpa izin atau penjenayah rentas sempadan yang boleh memudaratkan keselamatan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori