• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksport Halal Meningkat Tahun Ini – HDC

oleh Ahmad Albab
08/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) menyasar eksport halal negara terus meningkat tahun ini berikutan penurunan harga minyak global serta penyusutan nilai ringgit.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Jamil Bidin, berkata penurunan harga minyak mampu mengurangkan kos logistik dan pengeluaran.

“Ini menyebabkan harga lebih kompetitif dan menggalakkan pengguna berbelanja, ia baik untuk negara,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, Jamil mengingatkan mereka yang mengimport bahan asas bagi produk mereka perlu mencari alternatif lain.

Merujuk perspektif ekonomi negara, katanya, senario ekonomi global membabitkan Malaysia akan berubah sendiri tetapi pada masa sama, kalangan komuniti perniagaan perlu membuat kesesuaian mengikut keadaan.

Katanya, pihak HDC kekal optimis meraih pertumbuhan positif dalam eksport halal di sebalik perkembangan ketika ini. Malah, ia baru-baru ini menerima pelawaan syarikat Perancis untuk menjalin kerjasama dalam pasaran halal negara berkenaan.

“Perancis akan menjadi pintu masuk baharu kepada pasaran Eropah yang didiami kira-kira 40 juta Muslim. Saya turut dimaklumkan pasaran halal di Eropah saja bernilai STG6 bilion (RM25 bilion),” katanya.

Mengikut Jamil, menerusi kemasukan ke dalam pasaran baharu itu, HDC kini di landasan tepat untuk menyumbang sekurang-kurangnya lima peratus kepada jumlah tahunan eksport halal negara.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2014, eksport halal adalah sebanyak RM28 bilion, meningkat 17 peratus daripada RM24 bilion yang dicatatkan bagi tempoh sama pada 2013.

Jamil turut menyuarakan keyakinan HDC bahawa nilai eksport halal bagi 2014 yang bakal diumumkan, akan melebihi RM32 bilion seperti dicatatkan pada 2013. – BERNAMA

Tags: EKSPORTHalal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nelayan Selamatkan Penyu Cedera Wajar Dipuji

Next Post

Berhati Mulia, Ed Sheeran Derma 8 Baju Grammy Di Kedai Amal

Related Posts

Malaysia Dapat Kelulusan Eksport Kelapa Segar Ke China – Mohamad

Malaysia Dapat Kelulusan Eksport Kelapa Segar Ke China – Mohamad

17/04/2025
1

PUTRAJAYA: Malaysia secara rasmi mendapat kelulusan mengeksport kelapa segar ke pasaran China menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara...

Indonesia Benarkan Semula Eksport Pasir Laut

Indonesia Benarkan Semula Eksport Pasir Laut

30/05/2023
0

JAKARTA: Indonesia mengeluarkan peraturan baharu yang membenarkan semula eksport mendapan marin dalam bentuk pasir laut selepas 20 tahun eksport bahan...

Next Post

Berhati Mulia, Ed Sheeran Derma 8 Baju Grammy Di Kedai Amal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd