• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Polis Arab Saudi Cedera Ditembak

oleh Ahmad Albab
31/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Dua anggota polis Arab Saudi cedera ditembak di Riyadh semalam, sehari selepas negara itu meningkatkan langkah keselamatan selepas mengetuai serangan udara terhadap Yaman.

“Satu pasukan peronda keselamatan sedang melaksanakan tugas di Riyadh apabila ia diserang penembak berkenderaan dalam serangan yang mencederakan dua anggota polis,” kata seorang jurucakap dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi SPA.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua anggota polis itu dimasukkan ke hospital dan keadaan mereka adalah stabil.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu.

Serangan itu berlaku sehari selepas Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed Nayef mengarahkan langkah keselamatan dipertingkatkan di sepanjang sempadan dan di seluruh negara selepas Riyadh mengetuai serangan udara ke atas pemberontak Syiah yang disokong Iran di Yaman.

Pada 22 Mac, Amerika Syarikat menyambung semula perkhidmatan konsular di Arab Saudi selepas penutupan selama seminggu berikutan “kebimbangan mengenai keselamatan” yang tidak dinyatakan.

Warga Barat di Arab Saudi diserang sebanyak empat kali sejak Oktober tahun lalu, termasuk serangan oleh penembak berkenderaan seperti kejadian semalam yang mencederakan seorang warga Denmark di Riyadh pada 22 November.

Pihak berkuasa kemudian menahan tiga individu yang disyaki penyokong IS. – AFP

https://youtu.be/x8VM9wz4m6g

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd